Kalau tak suka Tuan Guru Haji Hadi tu orang tak kisah pun. Takde orang paksa kau suka dia.
Tapi bila dia cakap benda yang terang-terang ada dalam undang-undang Islam, takkan tu pun kau nak gelakkan dia?
Takkan tu pun nak bangkang?
Kau gelakkan apa sebenarnya?
Gelakkan dia ataupun gelakkan agama sendiri?
Bila dia ulas pasal pemansuhan hukuman mati dari konteks undang-undang Islam dan beri hujah kukuh yang memang benar ada dalam Islam, takkan tu pun kau nak pertikai?
Kalau nak pertikai pasal hukum ni memang boleh, tapi biarlah ada disiplinnya. Bawa hujah yang lebih baik, bawak sandaran ayat Al-Quran atau hadis, baru la betul.
Dia tu duduk dalam bidang ni dah berpuluh tahun, bagi ceramah sana sini, karang berpuluh kitab pasal hukum hakam.
Tapi bila dia sampaikan apa ilmu yang dia belajar, alih-alih yang bukan ahli pulak pakat gelak dan maki beramai-ramai, lepas tu tak habis-habis jual cerita RM90juta.
Aduh kemon lah! Kalau setakat tu je hujahnya, baik duduk diam-diam, buat perkara yang lebih bermanfaat.
Ternyata korang bukan level dia dalam hal ni kalau tidak mampu kemuka hujah agama.
Entah - entah korang yang maki hamun tu solat jenazah pun terkebil-kebil tapi perasan pandai bergurukan pak Cik Google.
Yela, dia mungkin tak secekap berbahas pasal ekonomi macam pemimpin korang.
Tapi kena ingat, dia ada Sarjanamuda Syariah dari Universiti Madinah dan Sarjana Sains Politik dari Universiti Al-Azhar. Di Universiti Madinah tu siap jadi ketua pelajar lagi.
Pendek kata, takda orang boleh nafi yang undang-undang syariah dan politik Islam ni memang satu bidang kepakaran dia. Itu jelas.
Berpada-padalah nak membenci orang pun. Takut nanti terlalu ghairah sampai tak tahu batasan.
Dalam tak sedar dah menghina agama sendiri.
Muhsin Zaidi
Appear First on Malaysia Terkini