Kecoh perkara biasa - Dr Xavier


KUALA LANGAT: Kekecohan yang berlalu pada pemilihan PKR di beberapa cabang di Selangor hari ini termasuk kemunculan pengundi hantu disifatkan sebagai perkara biasa.
Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, berkata dalam setiap pemilihan parti di negara ini, pasti perkara berkenaan akan berlalu.
“Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sebagai pengawal akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Kita ada Jawatankuasa Disiplin. Jika ada masalah boleh salurkan ke situ.
“Kekecohan di beberapa tempat tadi disebabkan ada perwakilan muda yang mahu luahkan perasaan mereka,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemilihan Cabang Kuala Langat di Dewan Sri Jugra, dekat sini.
Dr Xavier yang juga Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yang bertanding untuk jawatan Ketua Cabang Kuala Langat berkata, kekecohan yang berlaku di beberapa tempat hari ini tidak mendatangkan sebarang kecederaan.
Katanya, semua kejadian terkawal dengan bantuan polis.
“Ada juga perwakilan yang pengsan kerana cuaca panas serta tidak sihat dan terpaksa beratur lama.
“Selepas ini, kepemimpinan PKR akan meneliti laporan dalaman bagi menambah baik sistem e-undi yang digunakan,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Xavier berkata, sistem e-undi itu juga dikatakan menyukarkan ahli terdiri daripada warga emas untuk membuat undian berikutan kurang kemahiran berkomputer.
Disebabkan itu, katanya, ada dakwaan bahawa segelintir ahli JPP yang menunjuk ajar ahli warga emas turut mengambil kesempatan.
“Tunjuk ajar dari JPP turut dipertikaikan. Sebab itu kita akan kaji semula,” katanya. - BH


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top