[HINA RAKYAT] BN Boleh Mansuh TOL kenapa PH Suruh Rakyat BERMIMPI Lebuh Raya TANPA TOL

Adalah tidak patut untuk Menteri Kerja Raya menyatakan di Parlimen pagi ini bahawa rakyat boleh terus bermimpi jika mereka mahu kerana kerajaan PH tidak akan menghapuskan tol atau membina lebuhraya tanpa tol.

Jika seorang menteri BN dari kerajaan dahulu berkata seumpama iaitu rakyat boleh terus mimpi, kemungkinan besar Kit Siang sudah keluarkan sekurang-kurangnya 10 kenyataan akhbar untuk menghentam BN dan kemudiannya tak pasal pasal melibatkan saya dan menggunakan perkataankleptokrasi berpuluh kali.

PH sudahpun memperdaya pengundi mereka kerana gagal memenuhi manifesto, tetapi tak perlulah memperlekeh akal pengundi.

Ketika saya Perdana Menteri, saya berjaya menghapuskan beberapa tol pada masa ke semasa kita berupaya, membantu Sarawak menghapuskan semua tol pada 2016, menghalang sebarang kenaikan tol di lebuhraya dimiliki PLUS dan mebina lebuhraya baru bebas tol seperti Central Spine Road (CSR) dan lebuhraya Pan-Borneo. 

Mengapa PH tidak dapat melakukan sedemikian?

Jika kerajaan PH tak mampu tunaikan janji manifesto mereka untuk menghapuskan tol, sekurang-kurangnya mereka boleh mengurangkan kadar tol. - Najib Razak



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top