Lantikan Pengerusi MPOB: Kenyataan Balas Ezam kepada Menteri


1.Merujuk jawapan Menteri Perusahaan Utama YB Teresa Kok berkaitan kenyataan awal saya berhubungi perlantikan Tan Sri Bakke sebagai Pengerusi MPOB.
2.Kenyataan Menteri bahawa beliau mempercayai sepenuhnya integriti Bakke adalah angkuh dan tidak wajar datang dari seorang menteri kerajaan reform dan perubahan yang berteraskan keadilan.
3.Bagaimana seorang menteri boleh membuat kesimpulan tersebut sedangkan kerajaan yang dianggotai beliau sendiri masih menyiasat skandal 1MDB dan proses pengadilan belum pun berakhir?
4.Apakah menteri pernah bertanya kepada Bakke samada beliau pernah membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa berhubung kepincangan 1MDB itu?Satu langkah wajib dari sudut undang-undang dan moral bagi seorang yang mempertahankan integriti.
5.Malah kenyataan menteri itu boleh menganggu tindakan undang2 warga Malaysia lain yang berjuang pertahankan integriti dan mencari keadilan seperti saman saya terhadap Najib,1MDB termasuk Bakke sendiri.(Saya meletakkan jawatan serta merta April 2016 daripada MOF sebaik maklum skandal 1MDB, sebuah anak sykt MOF dan melakukan saman sivil terhdap Najib dan 1MDB)
6..Kesimpulan seorang menteri berdasarkan hanya kepada laporan akhbar mengenai tindak-tanduk Bakke semasa di 1MDB dan semasa menghadiri prosiding PAC adalah tidak matang(premature) serta boleh dipertikaikan.
7 .Bagaimana pula dengan laporan akhbar juga pada Feb 2016 yang memetik kenyataan keras Bakkee yang selari kenyataan Najib yang mengatakan bahawa 2.6 billion bukan daripada 1MDB dan Bakke sendiri memberi amaran akan mengambil tindakan undang2 kepada sesiapa sahaja yang mendakwa sebaliknya.
8.Bagaimana seorang yang dinobatkan sebagai a man of integrity ini boleh terus dilantik dan menerima perlantikan daripada PM kleptokrat yang kononnya dikatakan tidak sehaluan dengannya.PM ini juga yang mempengerusikan Lembaga Penasihat 1MDB.( Bakke dilantik pada 2010 sebagai Group Chief Executive Sime Darby dan Executive Deputy Chairman dan Managing Director pada 2017)
9.A real man of integrity adalah seperti seorang CEO GLC besar yang tidak sehaluan dengan PM.Meninggalkan GLC itu dan meneruskan kerjaya di syarikat luar negara yang tiada lagi kaitan dengan seorang PM kleptokrat.Tokoh itu hanya kembali membantu kerajaan sebagai ahli Council of Eminent Person (CEP) setelah PM kleptokrat diganti.
10.Saya ingin sekali lagi menegaskan keperluan pihak Menteri mengambil sikap selayak seorang Menteri(ministerial) khususnya didalam keputusan2 penting yang membabitkan personaliti yang boleh dipertikaikan dan membabitkan syarikat yang terpalit skandal sebelum ini.
11.Janganlah jadikan integriti perkataan murahan dan sewenangnya digunakan.Janganlah menteri sendiri memomokkan kerajaan PH yang menjadikan integriti asas penting kewujudannya dan memadamkan kerja keras PM melaksanakan proses keadilan dengan perlantikan dan kenyataan yang tidak berhati2.( Spt usaha PM sendiri mendapatkan semula kapal layar hasil duit curi 1MDB.)
11.Sekali lagi saya ingatkan, jangan sampai rakyat meluat dengan perangai dan karenah seperti ini.Apakah terlalu susah dan mustahil mendapatkan tokoh-tokoh yang benar-benar bersih dari terpalit dan terlibat dengan skandal kerajaan lalu untuk dijadikan tokoh baru dari kalangan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang berkebolehan? Mengapa perlu muka-muka itu sahaja?
Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
8 Ogos 2018/26 Zulqaedah 1439H.


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top