Wanita Maut Kereta Terbabas



Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 21, Jalan Kampung Stass, Bau awal pagi semalam. 

Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 5 pagi apabila Proton Saga yang dipandu Rigoh Ginot, 42, hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di kawasan parit tepi jalan ketika menuruni bukit berselekoh. Insiden tersebut menyebabkan seorang penumpang tersepit di tempat duduk belakang. 

Bagaimanapun mangsa, Allo Alieou, 47, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Bau oleh doktor yang bertugas. Difahamkan, pemandu mengalami patah tengkuk dan seorang lagi penumpang, Chian Ahiang, 47, cedera parah.

Kedua-dua mereka berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang berhenti memberikan bantuan. Manakala wanita yang tersepit berjaya dikeluarkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau yang tiba kirakira 30 minit kemudian.

Komander operasi, PBK II Kadrie Bogol berkata dua mangsa cedera ringan sebelum itu diberi rawatan awal oleh Unit EMRS Bomba. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Bau untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bing Kok John mengesahkan kejadian tersebut. Siasatan awal di tempat kejadian mendapati keadaan jalan basah dan cuaca hujan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqwdV7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top