Lebih-lebih lagi dengan perkembangan terkini, berlakunya ketegangan terbaharu di Marawi City, Mindanao Tengah, Filipina antara pengganas ISIS dengan tentera Filipina. Pemangku Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah Supt Norzaid Mohammad Said berkata Malaysia dan Indonesia ketika ini giat berkongsi maklumat mengenai potensi ancaman pengganas ISIS.
"Memang kita tidak nafikan sebab kedua-dua negara mengalami isu serupa,” katanya ketika ditemui pada Program Rendezvous (RV) di perairan sempadan Pulau Sebatik-Nunukan, di sini, Rabu lalu.
Beliau mengetuai delegasi Malaysia, manakala Kepala Bahagian Operasi Kepolisian Resor (POLRES) Nunukan Komisaris Polis (KOMPOL) Untung Mulyono pula mengetuai delegasi Indonesia, serta turut dihadiri Konsul Polisi Konsulat Republik Indonesia di Tawau Kompol Nafi Arman.
Tidak kira berasas atau sebaliknya, Norzaid berkata pihaknya tetap ‘menerima maklumat’ berkaitan, kerana menjadi tanggungjawab PPM menjaga sempadan perairan negara. Menurutnya PPM dan agensi penguat kuasa lain sentiasa komited di dalam memastikan jenayah di kawasan sempadan perairan negara dapat ditangani bersama secara bersepadu.
Mulyono pula berkata kawalan di sempadan Indonesia semakin diperketatkan dan semua yang keluar-masuk di negara itu akan diperiksa sebagai langkah mencegah ancaman ISIS. “Khususnya terhadap orang Malaysia dan Indonesia yang mahu pergi ke Filipina, kita akan berikan perhatian termasuk memeriksa tujuan kehadiran mereka,” katanya.
Beliau berkata dakwaan yang mengatakan perairan Pulau Sebatik (pulau yang dikongsi Malaysia-Indonesia) berpotensi sebagai laluan pengganas ISIS, juga diberikan perhatian. Di dalam pertemuan RV itu, perbincangan antara kedua-dua belah pihak diadakan secara terbuka dan lebih banyak berkisar mengenai hubungan kerjasama pertukaran maklumat.
Antara isu yang menjadi perhatian adalah penyeludupan syabu, penyeludupan ketam, pendatang asing tanpa izin dan pelbagai isu jenayah rentas sempadan antara Tawau-Nunukan.
Pada RV kali ini, rombongan Malaysia disertai 68 orang dari PPM, Jabatan Perikanan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta media. Manakala rombongan Indonesia pula yang diketuai oleh Mulyono disertai seramai 18 orang yang terdiri daripada POLRES, Brigade Mobil (BRIMOB) dan media Indonesia.
Semenjak kerjasama RV kepolisan Tawau-Nunukan diwujudkan, beberapa kejayaan direkodkan, antaranya semasa usaha mencari dan menyelamat mangsa bot laju karam pada Februari lepas.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGgpjS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Terkini