Penjualan aset kerajaan untuk melunaskan hutang tidak akan melibatkan sebarang aset dan pemilikan di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Demikian kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua dalam satu kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar, hari ini.
"Saya ingin menjelaskan dan memperbetulkan kenyataan saya yang terdahulu bahawa sebarang penjualan aset (kerajaan), tidak akan melibatkan PNB.
"Walaupun PNB merupakan badan yang ditubuh dan diuruskan oleh Kerajaan, kesemua tabungan dan pelaburan oleh PNB adalah milik pemegang unit dan bukannya kerajaan," kata kenyataan tersebut lagi. - BERNAMA
Appear First on Malaysia Terkini