["TAHNIAH" PH] Liberal Tuntut HAK untuk MURTAD, Sebar Ajaran Sesat, HAK Kristiankan orang Islam, Amal LGBT


Inilah perjuangan liberalisme, memperjuangkan hak untuk murtad, hak untuk menyebarkan ajaran sesat, hak untuk menyalahgunakan nama Allah, hak untuk mengkristiankan orang Islam, hak untuk mengamalkan LGBT, atas nama kebebasan beragama dan kebebasan individu. Malaysia dianggap negara yang tidak bebas kerana menafikan ‘hak-hak’ di atas, yang sebenarnya bukan hak melainkan kebatilan.

Kita kata kebebasan ada batasnya, seorang Muslim perlu tunduk kepada hukum Islam, orang bukan Islam perlu menghormati dan tidak mengganggu gugat agama Islam. Negara bertanggungjawab memelihara agama Islam. Kita ada tata nilai dan dan budaya kita sendiri, yang mungkin sama dalam beberapa hal tetapi tidak sama dalam perkara2 di atas. Kita ada worldview kita sendiri, dan Barat atas nama UDHR tidak berhak untuk memaksakan pandangan alam mereka ke atas umat Islam. Suatu hari nanti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan pun akan diganggu gugat oleh kumpulan ini.

Yang lebih parah adalah orang Islam, yang mengaku tidak jahil tentang Islam, tetapi turut memperjuangkan idea2 liberal ini. Bahkan cuba untuk menjustifikasikannya dengan menyalahgunakan al-Qur’an dan Hadith.

Islam adalah petunjuk dan amanah Allah SWT yang perlu disyukuri dan dipelihara oleh kita semua. Dengan menerima liberalisme seseorang itu, disedari mahupun tidak, akan meninggalkan ajaran Islam dan memeluk liberalisme sebagai kepercayaan, falsafah hidup dan cara hidup baru bagi menggantikan peranan Islam dalam kehidupan peribadi dan masyarakat.

Jangan sesekali kau jual agamamu untuk ‘harga’ yang murah.



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top