SPRM akan tangkap Zahid Hamidi esok, terima notis serah diri

PUTRAJAYA, 8 Safar 1440H, Rabu – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, kata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Lokman Noor Adam, hari ini.
Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diberi notis serah diri jam 1.45 tengah hari tadi dengan arahan untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini jam 3 petang.
Biasanya notis memanggil untuk memberi keterangan dalam siasatan tidak diistilahkan sebagai notis panggilan serah diri.
SPRM bagaimanapun, enggan mengulas sama ada Zahid bakal ditangkap, atau akan diminta memberi keterangan berkaitan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.
Esok adalah kali keenam Zahid dipanggil untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM.
Spekulasi bertiup kencang mengatakan Zahid akan ditangkap di pejabat SPRM esok dan didakwa di mahkamah pada Jumaat.
SPRM juga sebelum ini, mengambil keterangan anak perempuan beliau, Datuk Nurulhidayah, berhubung kes sama.
- ismaweb


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top