(Sah Harga Naik) Ahmad Maslan tinjau harga barang di kedai 24 jam


Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkongsikan hasil tinjauan di dua buah kedai 24 jam bagi melihat sendiri kesan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ahmad menerusi laman Twitternya itu berkata, dia bertanyakan terus kepada kakitangan di kedai berkenaan mana satukah produk yang mengalami kenaikkan harga sebanyak 10 peratus.

Menurutnya, dia mendapat jawapan hampir kesemua barang mengalami kenaikan harga.
“Satu kedai kata 182 barang yang naik harga,” katanya yang dimuatnaik menerusi Tweetnya hari ini.

Ahmad turut menyoal sama ada rakyat terperanjat atau tidak dalam catatan ringkas berkenaan dan menyatakan sebab berlakunya kenaikan harga berkenaan.

“Terperanjat? Sebab SST 10 peratus yang dikena kepada kilang dan import akhirnya pembeli yang bayar! Tegasnya.

Kenyataan berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter.  Antaranya The Dacing Supporter.

“Alah barang takde GST (cukai barang dan perkhidmatan) pun naik juga. Ada SST lagi teruk,” kongsinya.

Seorang lagi pengguna Twitter, ZM menyatakan mahal harga barang sudah dirasai rakyat.



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top