Kadang kita rasa teruk, terhina sebab orang yang tegur kita itu orang yang menyokong atau mengundi kita. Kita merasa rakyat tidak sepatutnya menegur kerana dia sahaja yang betul setelah berkuasa dan merasakan orang lain tak layak untuk tegur kita.
Kalau ada perasaan begini, hapuskanlah segera kerana itu adalah bisikan-bisikan syaitan yang akan merosakkan hati kita.
Seharusnya kita bersyukur jika ada teguran. Kita boleh menilai tindak tanduk yang telah kita lakukan. Mungkin pada kita tiada salah ya, namun dari pandangan yang lain terserah kebohonan kita.
ALLAH sentiasa akan menegur kesalahan kita dan membimbing kita dengan pelbagai cara. Teguran yang paling awal adalah melalui Al-Quran, tapi kita sendiri tak baca Al-Quran, tak baca tafsirnya, bagaimana kita nak tahu bahawa ALLAH terlebih dahulu sudah menegur kita?. Lalu ALLAH kirim orang lain sebagai pengantaraan untuk menegur kita.
“Apabila ada orang menasihati atau menegur kesalahan kita, jangan rasa hina atau malu. Kadang-kadang ia adalah salah satu cara ALLAH nak mengingatkan kita bagaimana mahu berkelakuan lebih baik lagi.”
Apabila ada orang menegur kesalahan orang lain bukan sebab nak tunjuk pandai tapi sebab tanggungjawab sesama orang Islam. Ini termasuk teguran antara ibu bapa dan anak, teguran antara suami dan isteri, teguran antara adik-beradik, teguran antara pekerja dan majikan, dan teguran antara kawan.
Tak semua antara kita ini menyedari kita sudah berbuat salah, maka apabila ada orang menegur kita janganlah melenting, berlapang dada dan terima setiap teguran itu dengan fikiran yang positif. Kalau kita tak ditegur atau kita tak mahu terima teguran daripada orang lain, bagaimana kita nak tahu kita sudah berbuat salah tanpa sedar?
Menegur kesalahan orang lain tidak bererti mencari salah orang lain kerana dua perkara ini adalah berbeza maknanya.
Menegur kesalahan orang lain bertujuan untuk memperbetul dan memperbaiki.
Tegur demi kebaikkan, bukan sebab nak menjatuhkan orang lain apatah lagi sampai merasakan diri yang ditegur itu ‘loser’, "yelah, kau je la yg pandai, yg alim..aku je la yg buruk, tak pandai, jahil". No, bukan itu maksudnya. Fahamilah…
Appear First on Malaysia Terkini