Beliau berkata cadangan untuk melaksanakan semula projek itu telah dibangkitkan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.
“Ia kehendak Tun (Dr Mahathir) di mana dulu dia suruh Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu buat, Datuk Seri Najib Razak tak mahu buat.
“Saya kata terpulang Tun, ini idea Tun. Jika Tun mahu jambatan diteruskan saya hanya ikut," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Jambatan bengkok atau Jambatan Indah menjadi kontroversi kerana wujud perbezaan pendapat di antara Dr Mahathir dan Najib.
Osman berkata pelaksanaan semula projek ini akan dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan di negeri itu.
Mengikut perancangan asal, jambatan bengkok sepanjang 1.4 kilometer sepatutnya dibina bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923. - Astro Awani
Appear First on Malaysia Terkini