[PH DAH TAK BOLEH HARAP] TMJ cari kaedah turun harga barang [TAHNIAH TMJ]

JOHOR BARU, 17 Okt ― Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan melawat Pasar Awam Larkin, di sini, hari ini bagi mendapat gambaran lebih jelas berkenaan harga barangan mentah yang dikatakan semakin meningkat.
Menurut catatan yang dimuat naik dalam Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail bertitah ingin membuat kajian bagaimana untuk membantu rakyat dengan mengurangkan harga barangan di pasar-pasar.
“Saya telah melawat ke Pasar Awam Larkin di Johor bagi mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan harga barangan mentah yang semakin meningkat kerana saya ingin lebih memahami apa yang rakyat sedang lalui pada masa ini.
“Saya ingin membuat kajian bagaimana untuk membantu rakyat dengan mengurangkan harga barangan di pasar-pasar seperti telur, ikan, ayam, daging dan sebagainya,” titah baginda menerusi catatan itu yang turut disertakan beberapa gambar lawatan ke pasar tersebut. ― Bernama


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top