(MENCARI MUJAHID ISLAM SEBENAR) Apabila bersekutu dengan kafir

Tiada suara berautoriti yang memanggil Ahli Parlimen DAP menghadap untuk diberi amaran agar tidak mengulangi kenyataan biadab

BERSEKUTU dengan orang kafir dari sudut politik sehingga memberikan mereka dominasi kuasa politik di negara majoriti muslim adalah perbuatan haram, melalui banyak ayat al-Quran.
Itulah situasi politik negara kita sekarang, iaitu orang kafir mendominasi kuasa. Buktinya terlalu banyak, berdasarkan senario lima bulan pemerintahan PH, bahkan senario dominasi dalam kalangan parti komponen PH sendiri sebelum PRU14.
Terkini ialah kenyataan berani Kasthuri Patto DAP, yang jelas-jelas direkrut oleh negara asing sejak beberapa tahun lalu, untuk mempromosikan kebebasan beragama termasuk bebas murtad untuk orang Islam di Malaysia.
Tiada suara berautoriti, seperti pihak istana mahupun menteri yang menjaga (semua) agama, yang memanggil Ahli Parlimen DAP itu menghadap, sekurang-kurangnya diberi amaran agar tidak mengulangi kenyataan biadabnya itu.
Dia perlu dipanggil menghadap kerana perjuangannya itu terang-terang menyalahi peruntukan Perlembagaan Negara. Kecualilah jika negara ini mahu dibiarkan menuju ke arah demokrasi liberal atau pihak berautoriti umat Islam sudah hilang cengkaman kuasa kerana berpindahnya dominasi ke tangan bukan muslim. Saya kira kedua-dua faktor ini sedang berlaku dan kita sedang merasai implikasinya.
Bahkan, pada ketika umat Islam menyuarakan rasa marah, puak muslim PH yang menghalalkan ‘persekutuan yang membawa kepada dominasi politik kafir di negara ini’ yang diharamkan Allah, tanpa segan silu menghentam suara-suara umat Islam itu sebagai emosional, tidak intelek, tidak matang, tidak beradab dan sebagainya.
Sebenarnya mereka hanya mahu melindungi sekutu politik kepartian mereka, DAP. Untuk itu mereka sanggup tuduh umat Islam dengan bermacam-macam tuduhan buruk dan kotor.
Mereka menunggang ayat dan hadis mengenai dakwah, demi menjustifikasikan persekutuan haram itu, dengan meninggalkan ayat dan hadis yang menuntut persaingan agar agama suci ini dibela dan kekal mulia saat diancam.
Mereka berada di medan politik, yang merupakan medan persaingan kuasa, tapi sayang mereka bersaing dan berlawan habis-habisan, dalam dewan, luar dewan, di alam nyata dan alam maya, untuk membenam suara umat Islam dan membiarkan suara anti-Islam berkumandang.
Itulah demokrasi bagi mereka.
Sehingga kini, tidak nampak usaha mereka untuk mengembalikan semula dominasi politik di tangan orang Islam. Manakan tidak, persekutuan haram mereka sendiri sememangnya menghala ke arah yang bertentangan, iaitu mengukuhkan dominasi politik bukan muslim.
Orang yang mengkategorikan kenyataan Kasthuri Patto DAP sebagai kata-kata bukan muslim yang tidak faham mengenai Islam adalah 
(1) orang yang naif, atau 
(2) sengaja mengkhianati Islam demi survival politik kepartian sempit. Tiada yang ketiga.
Persekutuan dengan bukan muslim yang mengakibatkan dominasi kuasa politik berada di tangan kafirun adalah perbuatan dosa, yang mudaratnya kena ke atas seluruh umat Islam.
Kita sebagai sebahagian umat Islam, yang tahu mengenai hakikat ini, bertanggungjawab untuk bersuara dan menyampaikan peringatan, walaupun dicela oleh orang yang mencela dan dibenci oleh musyrikin.
Kepada Allah kembali setiap urusan. Kepada-Nya kita bertawakal dan kepada-Nya kita kembali.
Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi CG

DEFINISI MUJAHID
Mujahid - Mujahid/Mujahidah artinya adalah Pejuang Islam; Yang berjihad di jalan Allah SWT.  Nama Mujahid/Mujahidah berasal dari Arab (Islam).  Kata Mujahidah memiliki pengertian, definisi, maksud atau makna Pejuang Islam; Yang berjihad di jalan Allah SWT.

Jamaknya, Mujahidin (Bahasa Arab: مجاهدين, muǧāhidīn; berarti "pejuang") adalah istilah bagi Muslim yang turut dalam suatu peperangan atau terlibat dalam suatu pergolakan. 

Sedangkan Jihad (Arab: جهاد‎) menurut syariat Islam adalah berjuang dengan sungguh-sungguh.[1] Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan Din (atau bisa diartikan sebagai agama) Allah atau menjaga Din tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan Al-Quran. 
Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan qalbu, memberikan pengajaran kepada ummat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di bumi dengan damai dan saling mengasihi. 
Namun dalam berjihad, Islam melarang pemaksaan dan kekerasan, termasuk membunuh warga sipil yang tidak ikut berperang, seperti wanita, anak-anak, hingga manula.
“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai ‘uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar, (yaitu) beberapa derajat dari pada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nisaa’,4: 95-96).


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top