(MANA MUJAHIT) kelahiran 'kefahaman agama' versi baru tanpa mereka sedar


ISLAMIS PRAGMATIK BAKAL MEMBAWA MAFSADAH KEPADA UMAT KESELURUHANNYA

Kefahaman politik sesetengah pihak islamis yang pragmatik (maslahat politik sebagai tunjang) akan membawa kepada satu kelahiran 'kefahaman agama' versi baru tanpa mereka sedar.

Mungkin (secara sangka baik) di sisi mereka, mereka faham apa yang sedang berlaku, cuma kena diam dulu (supaya tak nampak berpecah dan nak jaga hati rakan sekumpulan), bila ada desakan mereka akan pergi kepada usaha dialog.

Mereka diam, tetapi teman politik mereka tidak diam. Mereka cuba untuk perhalusi permasalahan dari sudut komunikasi, kejahilan terhadap agama Islam dan isu Melayu(walaupun dah duduk di Malaysia sejak lahir), buruknya perangai orang Islam yang tidak mencerminkan agama yang ramah tamah dan sebagainya.

Teman politik mereka tidak langsung cuba masuk gelanggang permainan mereka. Sebaliknya teman mereka terus menerobos ke puncak kuasa dan gunakan kuasa serakusnya untuk mencapai impian dan cita-cita mereka, termasuklah di antaranya pemisahan agama dan negara (sekular) dan agama hanya diletakkan di ruang peribadi. 

Hingga menjadikan agama yang rasmi di Malaysia adalah 'agama sivil' yakni agama yang hanya dipersetujui bersama segala kelompok rakyat Malaysia.

Ketahuilah wahai para pragmatis, khususnya yang mendakwa dirinya islamis !

Anak-anak buah anda memerhatikan. Tidak semua mendengar penerangan, apatah lagi memahami penerangan dalaman anda.

Bisunya anda dalam keluarkan pandangan-pandangan di waktu kritikal saat umat Islam diserang dari sudut undang-undang dan pemikiran, akan menjadikan anda dilihat 'redha' dan 'bersetuju' dengan serangan tersebut, yang dilakukan oleh teman politik anda secara terang-terangan.

Lama kelamaan, anak buah akan memahami bahawa inilah perjuangan 'dakwah & tarbiah' anda, inilah 'maqasid'nya, inilah buahnya.

Lama kelamaan, akan terbitlah satu pemikiran, dakwah koktel yang tiada agenda dakwah di dalamnya.

Fiqh dakwah, tapi tanpa fiqh, apatah lagi dakwah.

Wallahua'lam.

Ust Ahmad Syamil Esa
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.muis.org.my


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top