[MALAYSIAKU] Lebih Kurang 160,000 Gay BERSARANG di Lembah Klang lapor laman sesawang rujukan pelancong

Kuala Lumpur: Terdapat lebih kurang 160,000 individu gay di Lembah Kelang, menurut sebuah laman sesawang yang menjadi rujukan golongan gay yang ingin melancong ke Malaysia.
Laman sesawang Utopia-Asia (https://ift.tt/2vYgykx) mengeluarkan angka tersebut sebagai satu perkhidmatan kepada bakal-bakal pelancong gay yang mahu menjejak kaki mereka di Malaysia tanpa perlu ‘mengorbankkan’ gaya hidup songsang mereka.
Menurut laman ini, sungguhpun Malaysia merupakan negara Islam, ianya masih mempunyai budaya gay yang kian subur, ini adalah kerana sifat ‘jangan jaga tepi kain orang’ yang diamalkan oleh penduduk negara ini.
Pelbagai syarikat, dari hotel, gym, sauna kepada pusat membeli belah dan restoran kesemuanya disenaraikan dengan lengkap beserta testimoni dari pengunjung laman sesawang ini sendiri yang pernah menggunakan perkhidmatan yang disenaraikan.
Laman sesawang ini juga menyatakan bahawa terdapat beberapa ejen pelancongan yang dimiliki oleh golongan gay dan turut menyediakan pakej ‘khusus’ mengikut tempahan. Antara tempat yang dikatakan mesra kepada golongan gay yang melawat ibu kota adalah di tandas awam berhampiran restoran makanan segera di Stesen KL Sentral.
Selain daripada itu, tempat membeli belah yang disenaraikan pula adalah Bintang Walk, KLCC, Low Yat Plaza, Pavilion dan beberapa lagi. Melaka turut disenaraikan sebagai kawasan pelancongan yang mesti dilawati oleh golongan gay yang meminati sejarah, budaya dan makanan. Pelancong luar negara dinasihati supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan budaya tempatan demi mengelakkan sebarang perselisihan dengan pihak berkuasa.
Malaysia merupakan negara yang sedang subur dengan persekitaran toleransi dan demokrasi. Perniagaan yang dimiliki oleh kaum heteroseksual (straight), secara terbuka melayan pelanggan dari masyarakat gay manakala para peniaga homoseksual pula memulakan perniagaan yang selari dengan tren moden dan mempunyai komuniti gay-mini mereka sendiri.”
Masyarakat negara ini mempunyai pandangan praktikal terhadap cabaran yang dihadapi oleh ‘golongan pelangi’ di negara ini.
Berikut adalah pecahan statistik golongan gay mengikut bandar-bandar terpilih seperti yang disenaraikan Utopia-asia, Alor Setar (8,000 orang), Bintulu (110, 000 orang), Kuantan (16,000) Miri (7,000), Petaling Jaya (20,000), Sandakan (12,000), Subang Jaya (20,000), Sungai Petani (6,000), Langkawi (2,500), Kuching (20,000), Penang (60,000), Kota Kinabalu (15,000), Johor Bahru (30,000) dan Melaka (24,000).
Walaubagaimanapun, laman sesawang tersebut tidak menjelaskan bagaimana statistik ini diperolehi dan sumber rujukan mereka.
Sumber: Menara


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top