(LAWAN TETAP LAWAN) Rafizi cakap bolehlah, mana bukti?


KUALA LUMPUR: Calon Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, mendesak Rafizi Ramli mengemukakan bukti dakwaan berlaku politik wang dalam pemilihan PKR.
Ketua Wanita PKR itu berkata, beliau mengakui tidak tahu apabila ditanya sama ada wujud politik wang dalam pemilihan parti dan dakwaan itu tidak berasas sekiranya tiada bukti dikemukakan.
“Tanyalah Rafizi, bukan saya yang cakap. Lagipun, mana saya tahu dia cakap macam itu sebab dia yang cakap...dia cakap, cuba anda tanya dekat dia.
“Saya pun tak tahu. Orang cakap dengan saya mengadu dekat saya tetapi saya cakap kalau tiada bukti apa nak cakap.
“Tiada asaslah. Tiada asas apabila bercakap tetapi tiada bukti sama ada di pihak mana sekalipun. Saya pun tak mahu cakap saya dengar atau tak dengar, tetapi siapa siapa yang nak cakap itu perlu ada bukti...senang cerita,” kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti kali ini, yang mendakwa politik wang berlaku secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan.
Beliau yang merujuk pihak bertanggungjawab sebagai ‘sebelah sana’ mendakwa, suasana politik wang itu tidak pernah dilihat dalam PKR sebelum ini.
Dakwanya, terdapat cabang yang menerima sogokan dalam bentuk sumbangan sebanyak RM100,000 dan RM200,000 untuk berdepan saudara-saudara dalam saingan peringkat cabang.
Rafizi mendakwa, ahli PKR yang mudah terpengaruh adalah golongan muda yang tidak melalui zaman sukar parti itu dan pihak yang menggunakan wang juga biasanya ‘orang muda’ yang datang dengan poket penuh dan Tebal. - BH


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top