Jabatan Muzium Malaysia (JMM) DALAM SATU KENYATAAN menegaskan tiada sesi bertemu peminat bersama dua pelakon utama drama Thailand SOTUS: The Series yang bertemakan hubungan homoseksual iaitu Kissing Krist dan Singto di Auditorium Muzium Negara pada 20 Oktober ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata, ini kerana JMM tidak sesekali berkompromi dalam isu-isu yang melanggar nilai dan norma masyarakat.
Laman Facebook Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pula memaklumkan acara telah dibatalkan oleh Kementerian beliau. Walau bagaimanapun kenyataan ini telah disunting semula.
Berita kemunculan kedua-dua pelakon berkenaan menjadi tular dalam laman Instagram sehingga menerima pelbagai reaksi netizen.
Poster promosi kemunculan kedua-dua pelakon itu dengan perkataan ‘Kissing Krist & Singto 1st Fan Meeting in Malaysia’ dikongsi di laman Instagram "pengajur program" iaitu Maher Seni Sdn Bhd.
Laman Instagram, Maher Seni Sdn Bhd pada awalnya memaklumkan, kedua-dua pelakon itu akan menemui peminat mereka di Malaysia buat pertama kali sejak drama tersebut muncul di kaca televisyen negara jiran pada tahun 2016.
Di dalam laman Instagram itu, kedua-dua watak utama lelaki drama itu Prachaya Ruangroj atau Singto dan Perawat Sangpotirat atau Krist dijadualkan menemui peminat mereka di Auditorium Muzium Negara pada Sabtu, 20 Oktober depan dan peminat dikenakan bayaran masuk sebanyak RM700 dan RM500.
Walau bagaimanapun, laman instagram Maher Seni Sdn Bhd telah memadamkan posting berkaitan perkara ini.
Mungkin ada muslihat disebalik isu ini yang perlu dirungkai.
Appear First on Malaysia Terkini