Menjunjung titah tersebut, saya telah bertemu dengan rakyat bersolat Jumaat di daerah-daerah Johor, berkunjung ke rumah anak yatim, melawat pasar awam bagi mengkaji serta mendapat gambaran yang lebih jelas keluhan rakyat berkenaan harga barangan, saya juga telah melawat Hospital Sultanah Aminah dan memberi sumbangan kepada hospital-hospital di Negeri Johor bagi menampung serba sedikit kekurangan yang dihadapi oleh hospital di negeri ini.
Minggu depan pula, saya akan melancarkan satu upacara pecah tanah milik Kebawah Duli Tuanku selepas Kebawah Duli Tuanku berkenan dan mengurniakan tanah seluas 150 ekar untuk mendirikan 1,000 unit rumah mampu milik dengan harga bermula RM70,000. Kawasan tersebut akan dilengkapi dengan semua kemudahan asas demi keselesaan rakyat. Dan juga selepas saya berkongsi pandangan saya, Kebawah Duli Tuanku berkenan iaitu untuk mengadakan projek yang sama sebegini di tanah milik Tuanku sendiri yang akan diberikan kepada rakyat di seluruh daerah Negeri Johor
Sumbangan keluarga Di-Raja Johor kepada rakyat bukan baru bermula minggu lepas tetapi sejak zaman nenek moyang saya lagi pada tahun 1885. Saya cuma meneruskan legasi Almarhum-Almarhum Sultan Johor dan juga Ayahanda saya.
Saya tidak sangka dengan melakukan perbuatan yang baik boleh menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak. Ada juga yang mengarahkan beberapa pihak untuk menyiasat mengapa dan siapa menasihatkan saya untuk melakukan perbuatan baik seperti ini. Saya tiada penasihat. Yang menasihati saya dan mendidik saya adalah kedua-dua ibubapa saya. Ada juga pihak yang cuba membuat provokasi untuk mendapat reaksi dari saya supaya ia boleh digunakan serta dijadikan isu. Minta maaf, bukan hari ini.
Suka saya nyatakan kepada mereka ini bahawa ini bukan tindakan yang aneh tetapi ia adalah tugas, amanah dan tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota Johor. Saya melakukan kerja ini ikhlas demi kesejahteraan rakyat saya.
Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya juga ingin nyatakan yang saya tiada berniat untuk bermusuh dengan sesiapa. Saya hanya ingin menjalankan tugas dan khidmat saya kepada negeri Johor, rakyat saya dan juga keluarga saya. Itu sahaja. Saya doakan agar Allah SWT merahmati anda semua.
***********
I was recently told by His Majesty to work harder in taking care of the state and the people of Johor. Following that command, I have met the people during Friday prayers at Johor districts, visited an orphanage, visited the public market to study and get a clearer picture on the difficulties faced by the people in regards to the price of goods, and visited the Sultanah Aminah Hospital and made a contribution to hospitals in Johor to help cope with the shortcomings faced by the hospitals in this state. Next week, I will be launching a ground-breaking ceremony of His Majesty's land after His Majesty consented and awarded a land area of 150 acres to build 1,000 low cost houses with a starting price RM70,000. The area will be equipped with the basic needs for the comfort of the people. Also, after I shared my views, His Majesty consented to have similar projects for the people on Tuanku's land in every Johor district.
The Johor Royal Family's contribution to the people is not something that started last week, but has been in practice since the time of my ancestors in 1885. I am merely continuing the legacy of the previous late Sultans of Johor and my father.
I did not expect that doing good deeds could bring about some discomfort among certain people. Some even ordered certain parties to investigate why and who was advising me to do these good deeds. I don't have an adviser. The ones advising and teaching me are my parents. Some are even trying to provoke a response out of me so it could be used and be made an issue. Sorry, not today.
I'd like to say to them that there is nothing strange about my actions, but it is rather my duty, trust and responsibility as the Crown Prince of Johor. I do these things sincerely for the well-being of my people.
On this noble Friday, I also want to say that I do not have intentions to be enemies with anyone. I only want to do my duties and service to Johor, my people and also my family. That's all. I pray that Allah SWT blesses us all.
Sumber: HRH Crown Prince of Johor
Appear First on Malaysia Terkini