VIDEO: Isu Forest City, Dr M sindir MB Johor



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan nada menyindir berkata beliau bersetuju dengan Menteri Besar Johor, Osman Sapian untuk membenarkan warga asing membeli kediaman di Forest City, sekiranya mahu rakyat Malaysia tinggal di rumah kayu.

Mahathir berkata orang asing ini juga boleh membangun Johor menjadi sebuah bandar yang lebih moden daripada Singapura.

Mahathir berkata demikian kepada Malaysiakini dan Sinar Harian dalam satu wawancara eksklusif.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Osman bahawa beliau mungkin tidak memahami dasar hartanah negeri itu.

Bulan lalu, Mahathir berkata rumah yang dibina di Forest City tidak boleh dijual kepada orang asing dan kerajaan "tidak akan memberikan visa untuk mereka datang dan tinggal di sini".


https://www.malaysiakini.com/news/441059 - Mungkin PM tak faham dasar Johor, kata MB

Osman mempertahankan projek yang dijalankan syarikat dari China itu dan akan bekerjasama dengan jawatankuasa khas diketuai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin untuk mencapai kata sepakat seperti mengurangkan kuota pemilikan warga asing.

Bagaimanapun Mahathir tetap dengan pendiran untuk tidak tidak membenarkan warga asing menetap di negara ini. -mk


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top