Sebelum tidur, Najib sempat 'troll' PH


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi membuat perbandingan berhubung pelaksanaan gaji minimum antara pentadbiran BN dan PH.

Katanya, banyak perbezaan dilaksanakan oleh BN berbanding PH dalam isu itu.

Apa yang menarik adalah berhubung janji manifesto PH dalam melaksanakan perkara ini di antara sebelum PRU14 dan sesudah berjaya mentadbir kerajaan.

"Gaji minima: BN 2014: - RM900 (Semenanjung)-RM800 (Sabah, Sarawak); BN 2016: - RM1,000 (Semenanjung, naik 11 peratus ) - RM920 (Sabah, Sarawak, naik 15 peratus)
"PH- Sebelum PRU14: RM1,500 - Selepas PRU14: RM1,050 (tahun 2019)
Selamat malam, Malaysia," tulisnya.

Kerajaan PH akan melaksanaan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019.  -SH


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top