[SEBAT DI KHALAYAK] Bila KJ TAK FAHAM agama, buat kenyataan ikut tuntutan Liberal


Sebenarnya saudara Khairy Jamaluddin, Islam yang ajar laksanakan hukuman di khalayak awam, bahkan Allah mencela mereka yang mempunyai perasaan kesian terhadap hukuman sebegini lalu mereka meninggalkan suruhan Allah dan melakukan hukuman mengikut akal fikiran mereka sendiri.
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ (2)
"Penzina perempuan dan penzina lelaki, maka kamu sebatlah setiap kedua daripadanya 100 kali sebatan, dan janganlah kamu dikuasai oleh perasaan kesian terhadap mereka berdua dalam urusan agama Allah sekiranya kamu beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan hendaklah menyaksikan azab mereka berdua sekelompok daripada golongan orang Mukmin".
Ayat al-Quran ini jelas, dan kalau kita tadabbur ayat ini, sebenarnya motif ayat ini adalah untuk menerangkan tentang hukuman kepada penzina dan bagaimana ia harus disaksikan oleh dua orang saksi sahaja, tetapi sebelum Allah terangkan tentang kaifiyah sebat iaitu disaksikan dua orang saksi, Allah sebut terlebih dahulu dengan jumlah istiknafiyah (ayat celahan) yang menjadi amaran daripada Allah kepada mereka yang dimakan perasaan dalam melaksanakan hukum-hakam Allah.
Ini adalah amaran, dan satu tegasan, juga satu celaan dan sindiran kepada mereka yang menggunakan perasaan (pathos) berbanding autoriti agama Allah (ethos) dalam melaksanakan hukuman.
Ya, kita boleh kasihan, tetapi kasihan adalah perasaan yang tidak berpiawai. Kalau kita katakan kasihan, sejauh mana piawaian kita ingin menolak hukuman yang tidak bertepatan dengan perasaan kasihan manusia?
Sebatan sivil yang menyebabkan seseorang cripple dan tidak boleh buang air besar melainkan dengan kesakitan selama 6 bulan, kenapa kita tidak dibelenggu perasaan kasihan dalam hukuman ini?
"Kasihan" berbeza dari manusia kepada manusia, ia tak boleh digunakan sebagai piawai. Kalau nak kata kasihan, kita sepatutnya lebih kasihan terhadap orang lain yang menjadi mangsa penjenayah atau yang akan terpengaruh dengan jenayah yang dilakukan.
Termaktub dalam undang-undang maknanya ia tidak bercanggah dengan perlembagaan. Nak kata ia undang-undang yang bercanggah dengan Islam, heck undang-undang yang ada sekarang pun banyak yang bercanggah dengan Islam, this is actually one step forward memartabatkan Islam berdasarkan syariat yang betul.
Dignity of human being kena define conceptually, bukan digunakan secara mutlak. Kalau nak guna secara mutlak frasa dignity, semua peraturan pun tak boleh buat, sebab semua manusia ada maruah. Hence, every argument at its place, and there's always an exception for everything.
Mercy is preferable than punishment, yes, but preferring mercy over punishment on an absolute scale, this is one way towards a condemned society.
Therefore, please refrain from stating that Islam disallows such punishment when Islam itself teaches the way. Cross check terlebih dahulu sebelum mengatakan sesuatu itu bercanggah dengan Islam.
P/S : in case ada yang merasakan hujah ini tak relevan atau tak gunakan perbandingan yang betul, sebenarnya ini adalah conceptual rebuttal, atau bidasan terhadap konsep/رد الاستدلال, bukan bidasan objek/رد المواد terhadap perbuatan lesbian/مساحقة/musahaqah itu sendiri.
Fahdli Firdaus
3 September 2018


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top