Murid Islam Diberi Lagu Berunsur Kristian – Aktivis Pendidikan


Cikgu Izzat Johari mengecam keras tindakan seorang guru memberikan lagu dan lirik berunsur Kristian kepada sekumpulan pelajar Muslim di Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal, Dungun, Terengganu. 

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan guru yang memberikan lirik lagu dan menyuruh murid menyanyikan lagu yang berunsurkan Kristian kepada murid-murid Islam. Perkara ini sangat serius dan wajar diambil tindakan berat.” 


Posting tersebut dibuat menggunakan laman muka buku beliau sendiri, ‘Cikgu Izzat II’, setelah dihubungi bapa daripada salah seorang daripada pelajar terbabit. 

Antara bait-bait berbaur Kristian dalam lirik lagu yang bertajuk, ‘Satu Suara’ itu ialah, “Bapa Kami Pinta Dari Mu… Satukan Kami Dalam Kasih Yesus… Sekaranglah Waktunya Untuk Kau Dan Aku Bersatu… Untuk Pemulihan Negara Kita Malaysia, Supaya Dunia Tahu Gereja Mu Bersatu, Satu Di Dalam Kasih Kristus…” 

Beliau yang dihubungi pihak Menara.my juga mahu pihak Menteri Pendidikan supaya menyiasat segera akan kejadian tersebut.

- menara


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top