Lelaki hina Islam di media sosial ditahan


JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di Johor Bahru awal pagi tadi, kerana dipercayai membuat rakaman video yang menyinggung perasaan umat Islam.

Klip video berdurasi 2 minit 35 saat memaparkan rakaman lelaki terbabit yang dipercayai ‘membahaskan’ tentang ketidakpuasan hatinya terhadap Melayu dan Islam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah menerima laporan tentang video yang tular di media sosial itu pada Khamis lalu.

Bertindak atas laporan tersebut, Polis Selangor telah menahan lelaki tersebut di Johor Bahru.

“Semakan mendapati, lelaki yang tidak memiliki rekod jenayah itu berasal dari Kedah,” katanya.

Fadzil berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan. - SH


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top