Ketua Pemuda UMNO Bhg: Beri Menang Percuma kepada Anwar, Jangan bertanding


KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian mencadangkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding di Parlimen Port Dickson yang dikosongkan untuk membuka jalan kepada bakal presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin, berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson adalah bagi memenuhi agenda menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri sahaja dan amat wajar jika BN memberikan kemenangan percuma kepada Anwar.
“Tiada untung bertanding di Port Dickson kerana ‘track record’ tiga PRK (Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong baru-baru ini) tidak memihak kepada BN.
“Sentimen rakyat masih tidak berubah, sukar untuk mengembalikan kepercayaan mereka kepada UMNO dan BN. Majoriti Cina masih belum kembali.
“Sama ada Anwar menang atau tidak, langsung tidak memberikan kesan kepada UMNO/BN. Biarlah Anwar bertanding, UMNO/BN tidak perlu menghabiskan masa, wang dan tenaga demi cita-cita Anwar itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendakwa BN sebelum ini banyak berhutang, mereka pula membazirkan wang rakyat untuk seorang individu mencapai cita-citanya.
Sebaliknya, Nazir Hussin berkata, UMNO/BN perlu membiarkan Anwar menang percuma di Port Dickson dan seterusnya mendapat laluan ke Kabinet untuk menyaksikan episod seterusnya antara beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, Anwar pernah berkata sanggup menyokong pembangkang untuk semak serta imbang jika berlaku kelemahan dalam pentadbiran Dr Mahathir dan BN patut memberikan ‘peluang’ itu kepada Anwar.-BH


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top