Gambar Mirip Pegawai Menteri PH bogel atas katil bersama wanita TERSEBAR

gambar hiasan

Gambar seorang lelaki mirip pegawai kanan seorang menteri yang berada di atas katil bersama wanita tidak dikenali mula tular di media sosial.

Gambar itu mula menjadi perhatian selepas didakwa telah dimuat naik sendiri oleh isteri lelaki tersebut.

Menerusi posting beserta kapsyen dalam Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia, wanita berkenaan memberi amaran kepada wanita lain mengenai lelaki itu.

"Hari ini saya ingin memberi peringatan kepada semua wanita yang ingin mendekati suami saya.

"Untuk pengetahuan anda, sudah ramai wanita yang cuba memusnahkan rumah tangga kami sepanjang pekahwinan ini.

"Saya sudah terbiasa dengan situasi sebegini. Kepada semua wanita, jangan harap suami saya akan menceraikan saya untuk bersama dengan anda," tulisnya.

Namun, menteri dan pegawainya itu ketika dihubungi mengambil langkah untuk tidak mengulas lanjut mengenai posting terbabit. - mStar



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top