[MELINGKUP LAH PAS] Kedah Mungkin Adakan Pilihanraya Negeri


Gagal Muktamad Speaker, Kedah Mungkin Adakan PRN

Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah berkemungkinan besar akan diadakan selepas kerajaan dan pembangkang daripada PAS dan Barisan Nasional (BN) gagal mencapai persetujuan dalam memuktamadkan soal Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan Harapan (PH) Kedah menang 18 kerusi DUN dalam PRU14 lalu, jumlah yang sama juga dimenangi PAS (15 kerusi) dan BN (3 kerusi) sebagai pembangkang di sana. Isu Speaker di negeri itu menjadi isu kritikal kerana dalam keadaan berbelah bahagi dan satu undi daripada Speaker juga dikira. 

Kedua-dua belah kerajaan dan pembangkang di Kedah ada mencalonkan nama bagi jawatan Speaker bagaimanapun turut ditolak oleh kedua-dua pihak.

MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata rakyat tidak akan gembira dengan satu lagi pilihan raya negeri kerana membuang masa dan duit, malah meminta PAS dan BN Kedah bersetuju dengan calon cadangan PH Kedah.


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top