Ismail Sabri: Jentera BN Perlu Beri Penjelasan Berserta Dengan Fakta


BERA: pilihan raya Barisan Nasional (BN) perlu memberikan penjelasan berserta fakta kepada rakyat bagi menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang terhadap kerajaan BN, kata calon BN yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata penerangan yang jelas dapat menyedarkan rakyat tentang pentingnya memilih BN berbanding pihak pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Rabu ini.

"Kita tidak mahu momentum pembangunan negara terutama dalam bidang ekonomi, kesihatan, makanan dan keagamaan tergendala hanya disebabkan silap buat perhitungan," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Dan Karnival Jiran Wanita peringkat daerah Bera di Taman Merbau di sini, hari ini. #sumber



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top