KUALA NERUS – Golongan muda di Terengganu dikesan kurang berminat untuk menjadi penenun songket, kata pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) berkata terdapat seramai 30 orang penenun songket yang sedang bekerja di Kompleks YTNZ di sini (Tanjung Bunut) manakala di kampung-kampung sekitar terdapat kira-kira 1,000 orang namun kebanyakannya telah berusia.
“Bagi mempertahankan perusahaan itu terus subur, YTNZ wujudkan kursus menenun songket untuk remaja dengan memberi sedikit elaun. Namun setelah dua atau tiga minggu mereka belajar, mereka terus meninggalkan kelas kerana kurang berminat dengan pekerjaan yang memerlukan ketelitian itu.
“Selain itu remaja sekarang mempunyai pelajaran dan mereka gemar mencari kerja lain di bandar-bandar besar serta memberi pendapatan yang lebih menarik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan hari raya kepada 150 orang miskin dan kakitangan Kompleks YTNZ di sini hari ini. Sultanah Terengganu Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampaikan bantuan itu.
Radzuan berkata di bawah kelolaan YTNZ, pelbagai teknik dilakukan untuk menghasilkan songket yang berkualiti dan menyediakan tempat belajar menenun bagi memastikan perusahaan itu terus hidup serta relevan sepanjang zaman.
Katanya, YTNZ bukan sahaja menghasilkan songket tetapi juga turut membantu pengusaha songket tempatan memasarkan songket-songket mereka.
“Tahun lepas YTNZ berjaya membuat pameran di Milan Itali dan untuk Ramadan pihak kami akan membuat pameran di Pavallion, Kuala Lumpur selama sebulan kerana mendapat permintaan yang tinggi terhadap songket hingga ada kalanya kita mampu menghasilkan jualan lebih RM400,000,”katanya.
Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap lambakan songket dari India, Pakistan dan Vietnam yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding keluaran tempatan, malah pihaknya pernah mengeluarkan usul supaya pihak kerajaan mengadakan sekatan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tIekAj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Terkini