Menteri2, Tolonglah Buat Kerja, Rakyat Hidup SUSAH sekarang - Najib

Ini bukan soal politik. Bukan soal BN atau PH.

Ini soal kesejahteraan Rakyat. Kehidupan rakyat setiap hari.

Apa sudah terjadi dengan negara kita selepas PRU14?

Sehingga bisnes kedai roti canai pun boleh menjunam 60% dalam tempoh 6 bulan yang lepas?

Sehingga seorang pejawat awam boleh menangis dan merayu di khalayak awam kerana terpaksa berhutang dengan Ah Long?

Sehingga ada pengusaha kedai makan boleh kata mereka terpaksa gulung tikar kerana ini adalah keadaan paling teruk yang pernah mereka alami?

Bisnes teruk. Kos sara hidup semakin naik.

Menteri-menteri PH, tolonglah buat kerja dan kurangkan berpolitik.

Kurangkanlah polemik polemik semua salah BN, semua salah Najib walhal anda adalah kerajaan dan manakah janji janji manifesto?

Adakah kerja menteri-menteri kita di Malaysia Baharu hanya untuk berkempen, berpolitik, menghampar propaganda di PRK yang tidak akan berhenti - hari demi hari dan bulan demi bulan?

Do you all know what you are doing, actually?

Oleh : Najib Razak


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top