[JAWAPAN ISU FGV FELDA] Kenapa dengan Azmin Ali ini - Najib

Kenapa dengan Azmin Ali ini.
Baru-baru ini, dia cabar saya ke Semenyih maka malam itu juga, saya pun pergi beli sedikit barang dari Tesco.
Tapi nampaknya dia masih tak puas hati.
Tanpa sebarang sebab, dia tiba-tiba petik nama Allahyarham ayahanda saya untuk menyerang saya.
Saya fikir tak payahlah Azmin melampau hingga menyentuh tentang keluarga saya.
Ayah saya sudah meninggal lebih 43 tahun dahulu. Jangan diusik lagi.
Bagaimanapun, saya bimbang bahawa Menteri yang kononnya menjaga FELDA seperti langsung tidak faham isu FELDA.
Dia tuduh saya swastakan FELDA kepada FGV.
Sebenarnya, FELDA dan FGV adalah dua entiti berlainan.
FELDA tetap FELDA. Tanah FELDA dan tanah peneroka tetap tanah mereka.
FGV ialah anak syarikat FELDA. FGV bukan FELDA atau sebaliknya.
Cuma FELDA ada perjanjian untuk menyewa sebahagian tanah mereka kepada FGV.
Perjanjian ini dipanggil "Land Lease Agreement".
FGV kena bayar FELDA RM250 juta setiap tahun serta 15% dari keuntungan tahunan FGV untuk menyewa tanah ini.
Oleh itu, FELDA bukan diswastakan.
Takkan Azmin tak faham ini? Takkan sudah lebih 9 bulan tak tahu fakta ini?
Lalu, dia kata harga saham FGV disenaraikan pada harga RM4.70 dan jatuh kepada 30 dan 40 sen sahaja.
Salah lagi, Azmin.
Harga saham FGV disenaraikan pada harga RM4.55 pada tahun 2012. Apabila FGV disenaraikan, FELDA untung RM6 bilion tunai.
Durian runtuh ini serta merta diberi kepada koperasi FELDA dan terus kepada peneorka-peneroka.
Bakinya disimpan untuk pelaburan dan juga untuk dipinjamkan kepada peneroka-peneroka bagi penanaman semula, pembangunan rumah peneroka dan pendidikan anak-anak peneroka.
Banyak juga digunakan untuk jaga kebajikan peneroka-peneroka.
Selepas disenaraikan pada harga RM4.55, harga FGV pernah juga naik 20% kepada RM5.46.
Ramai juga yang jual dan untung masa itu.
Tetapi selepas harga sawit dunia dan fenomena kemarau El Nino melanda, harga saham FGV juga menurun 57% dari harga disenarai RM4.55 sehingga RM2.00 sebelum PRU14.
Selepas PH ambil alih selepas PRU14 dan di tangan Azmin, harga saham FGV jatuh 69% dari RM2.00 sehingga 64 sen pada akhir tahun 2018.
Azmin juga kata hutang FELDA ialah RM8 bilion. Dia kata PH tidak jangka Felda boleh menghadapi hutang yang begitu besar.
Tetapi dia tidak sebut bahawa jumlah aset FELDA melebihi RM20 bilion.
Apa yang dia juga tidak sebut ialah kebanyakan hutang ini ialah kerana ianya dipinjamkan kepada peneroka-peneroka sendiri di dalam bentuk pinjaman penanaman semula, perumahan dan pendidikan anak FELDA.
Ertikata lain ialah FELDA meminjam supaya boleh pinjamkan kembali kepada peneroka-peneroka.
Itulah sebab PH beri jaminan dalam manifesto mereka untuk menghapuskan hutang-hutang peneroka.
Tetapi seperti biasa, janji ini juga telah dicapatikan. Dan peneroka Felda dah ditipu.
Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi juga malu untuk beritahu bahawa IHH Berhad yang juga dibina pada masa saya PM telah disenaraikan pada tahun yang sama dengan FGV.
Bulan November lepas, kerajaan PH jual sebahagian dari kepentingan kita dalam IHH Berhad kepada Jepun dengan harga RM8.4 bilion.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155754091660952/
Oleh itu, IHH Berhad sudah menjadi syarikat Jepun dan bukan lagi syarikat Malaysia.
RM8.4 bilion ini cukup untuk melangsaikan segala hutang Felda.
Walaupun RM8.4 bilion sudah masuk poket kerajaan, baki kepentingan kerajaan dalam IHH Berhad masih bernilai RM13 bilion.
Saya pernah menulis tentang isu FELDA dan penyenarian FGV banyak kali pada bulan-bulan yang lepas.
Kalau Azmin malas nak baca, boleh tengok video penjelasan saya: https://www.facebook.com/najibrazak/videos/337566310402282/
Saya menjelaskan bahawa FELDA menghadapi masalah pokok-pokok tua selepas kerajaan membuat keputusan pada zaman PM ke-4 untuk tidak lagi memberi dana kepada FELDA.
Kalau tidak percaya, boleh dengar dari Kit Siang dan DAP pada tahun 2012:
"Over 50% of the trees in Felda plantations need to be replanted. That translates into higher costs."
https://blog.limkitsiang.com/…/felda-listing-a-house-of-li…/
Jika masalah ini tidak diselesaikan, maka FELDA mungkin tidak akan wujud 10 atau 20 tahun lagi.
Untuk menyelesaikan masalah ini, keputusan telah dibuat untuk mendapat dana dengan menyeneraikan FGV supaya projek penanaman semula boleh dilakukan secara besar dan untuk membeli ladang sawit yang baru.
Pada masa yang sama, lebihan dana ini juga digunakan untuk menjaga kebajikan peneroka.
Inilah kebenaran yang Azmin pura pura tidak tahu atau tidak mahu memberitahu kepada rakyat.

Oleh : Najib Razak



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top