"BILA KAFIR MEMERINTAH, TIADA HUMAN RIGHTS UNTUK UMAT ISLAM"
Human Rights hanya untuk Israel bukan Rakyat Palestine, Human Rights hanya untuk LGBT bukan wanita Islam untuk bertudung tutup aurat, Human Rights hanya untuk orang Kafir bukan orang Islam
Ia susulan arahan kerajaan China yang mahu menetapkan had kebebasan beragama termasuk bagi umat Islam, selaras dengan kepercayaan Parti Komunis di negara itu.
Video dan foto mula tular di media sosial apabila ratusan penunjuk perasaan telah mula berhimpun di hadapan masjid di bandar Weizhou di daerah Ningxia sejak Khamis.
Penduduk tempatan menggelar masjid itu sebagai ‘Masjid Weizhou’.
Struktur masjid itu telah melalui proses pembangunan semula pada dua tahun lalu, namun berdasarkan dokumen kerajaan, proses pelesenan tidak dijalankan dengan betul dan beberapa pihak berkuasa telah menerima ‘amaran serius’.
Buat masa ini, bukan sahaja penduduk tempatan yang meluahkan rasa tidak puas hati atas keputusan tersebut, malah pengguna media sosial seluruh dunia juga meluahkan bantahan. - astro awani
Appear First on Malaysia Terkini