Adakah Mujahid Lebih Rahmah Berbanding Rasulullah? Nabi tak rahmah kah?

Ada situasi Rasulullah laknat kumpulan pengamal LGBT sebanyak 3 kali

1. DALAM memberi ruang kepada kumpulan transgender, Menteri Agama menjelaskan bahawa prinsip asas dalam berhubung dengan manusia adalah rahmatan lil alamin. Iaitu kita bersikap rahmah kepada semua.
2. Dalam isu ini, ada beberapa situasi yang saya lihat Rasulullah sangat bertegas bagi mengelakkan kemungkaran dan kerosakan berleluasa. 
3. Ada situasi yang Rasulullah arahkan supaya lelaki yang menyerupai wanita ini diasingkan supaya penyakit ini boleh dirawat (HR Abu Daud). Apakah tindakan Rasulullah ini tidak rahmatan lil alamin? 
4. Ada situasi yang Rasulullah minta supaya mereka yang menyerupai wanita ini dikeluarkan dari rumah (HR al-Bukhari). Ini bagi mengelakkan pengaruh negatif berada di dalam rumah muslim. Ketika arahan ini berlaku apakah Rasulullah tidak rahmatan lil alamin? 
5. Ada situasi Rasulullah melaknat kumpulan pengamal LGBT ini sebanyak 3 kali. Sehingga Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa Rasulullah tidak pernah melaknat pelaku dosa besar sebanyak 3 kali sebegini seperti yang dilakukan kepada pengamal LGBT. Ketika laknat ini diucapkan, apakah Rasulullah tidak rahmatan lil alamin? 
6. Saya fikir, adakalanya kita harus nyatakan pendirian tegas kita dalam membanteras kemungkaran. Kita tidak mahu anak muda kita faham bahawa perbuatan menyerupai wanita ini adalah amalan yang diterima dalam Islam. 
7. Selama ini setahu saya tiada atau tidak banyak pun angka ahli golongan ini didiskriminasi sehingga tidak dapat ke sekolah atau tidak dapat ke hospital. Mereka bebas belajar, mendapat rawatan malah menjadi jutawan sekiranya mereka berusaha. 
8. Untuk pengetahun anda, Nisha Ayub ini adalah aktivis yang memperjuangkan hak transgender. Pada tahun 2015, beliau telah menerima anugerah dari Asia LGBT Milestone Awards (ALMA) sebagai Hero of the Year. Dan pada tahun 2016, beliau telah menerima anugerah dari kerajaan Amerika Syarikat atas nama International Women of Courage Award, dikatakan sebagai transgender pertama yang menerima award ini secara terbuka. Jelas Nisha adalah pejuang hak LGBT. Apakah kita menerimanya atas nama rahmatan lil alamin?
Moga Allah membimbing kita semua.
Dr Ahmad Sanusi Azmi Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Rujukan:1. https://asiancorrespondent.com/…/nisha-ayub-women-of-cour…/…2. https://www.hrw.org/news/2015/08/10/nisha-ayub-malaysia3. https://en.wikipedia.org/wiki/Nisha_Ayub


Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top