TINDAKAN NAZRI UNDANG ANCAMAN PADA BN

SHAH ALAM – Sokongan rakyat terhadap BN di Sarawak bakal terancam menjelang PRU14 susulan daripada tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengeluarkan kenyataan mengkritik Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, tindakan Nazri tersebut adalah merupakan sesuatu yang merbahaya memandangan sejak kebelakangan ini masyarakat Sarawak dilihat lebih cenderung untuk memperjuangkan kepentingan dan hak masyarakat negeri mereka.

“Yang paling unik sekali di Sarawak dan Sabah ialah masyarakat mereka bersatu hati dalam memperjuangkan isu untuk kepentingan mereka tanpa mengira latar belakang politik atau kaum.

“Justeru adalah sesuatu yang agak merbahaya jika Nazri berterusan menimbulkan isu dengan Abdul Karim khususnya berkaitan cukai pelancongan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan mengenai tindakan Nazri menyelar kenyataan Abdul Karim yang menggesa kerajaan supaya menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan di Sarawak kerana khuatir cukai baharu tersebut akan membawa impak negatif kepada industri pelancongan negeri tersebut.

Dalam kenyataannya, Nazri  menggelar Abdul Karim sebagai ‘setahun jagung’ ekoran gesaannya tersebut.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s0ctcs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top