Tiga Sekeluarga Minta Bantuan Di Facebook Untuk Pulang Beraya di Kelantan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Menjelang Aidilfitri yang dijangka Ahad ini, pastinya ramai sudah siap sedia untuk pulang ke kampung halaman. Pun begitu, tidak semua yang bertuah seperti kita yang mempunyai kereta, menaiki kapal terbang atau bas untuk pulang ke bertemu keluarga.



Melalui perkongsian di laman Facebook Komuniti Kuantan, tiga sekeluarga mengharap belas ihsan orang ramai untuk menumpangkan mereka pulang ke kampung sempena Aidilfitri ini.

Sumber: Mstar

Mohon jasa baik warga Kuantan, kami hendak tumpang ke Kelantan, nak balik raya. Kami tiga beranak. Kami bayar. Demi ayah dan bonda di kampung. Tiket sudah habis. Mohon jasa baik.”

Menurut Mstar, tiga beranak yang dirundung malang itu ialah Mohd Azhar Abdullah, 32, Hajar Azmi, 29, dan anak perempuan mereka, Nur Hana Humaira yang baru berusia sembilan bulan.

Sumber: Mstar

Azhar yang hanya bekerja mengambil upah memotong rumput itu mengalami kekangan kewangan yang tidak menentu. Dugaan bertambah-tambah apabila kereta mereka pula rosak dan memerlukan kos yang banyak untuk diperbaiki. Cadangan untuk menaiki bas pula tergendala apabila tiket habis menjelang hari raya tak lama lagi.

“Saya bekerja sendiri mengambil upah memotong rumput, dan kadang-kadang membantu katering. Jadi, upah tidak menentu, antara RM500 sehingga RM700 sebulan. Tak banyak, tapi Alhamdulillah cukup-cukup makan,” jelas Azhar.

Menurutnya, idea untuk menumpang kereta dari rumah mereka di Peramu Jaya, Pekan merupakan cadangan yang baik kerana keadaan isterinya seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dan anaknya pula masih kecil. Malah, mereka perlu membawa barang-barang untuk ke rumah mertua di Kampung Kubang Bulat di Pasir Puteh, Kelantan.



Sumber: Mstar

Walaupun begitu, Azhar tidak mahu orang salah faham dan menganggap dia mahukan bantuan dari segi kewangan, walhal dia hanya mahu dibantu dari segi pengangkutan untuk pulang ke kampung sahaja.

Saya bukan nak duit tetapi hanya tumpangkan kami. Apa cara bantuan pun, biarlah kos tersebut ditanggung sendiri oleh penyumbang dan bukannya wang disalurkan kepada kami.”

Azhar juga tidak kisah kalau ada yang mahu sumbangkan tiket bas kepadanya dan keluarga sungguhpun dia masih memerlukan bantuan untuk membawa keluarganya ke terminal bas di Kuantan. Walau bagaimanapun caranya, dia hanya mahu pulang berhari raya bersama keluarga.

Tak kisahlah macam mana pun, kalau kami terpaksa tumpang tiga beranak duduk di belakang lori pun kami sanggup asalkan dapat pulang berhari raya sebab dah janji dengan keluarga.”

Aduhai sedihnya dengar…

Sumber: Facebook

Meskipun dia sudah menerima beberapa tawaran untuk membantunya pulang ke kampung sejak perkongsian itu tersebar Jumaat lepas, Azhar dan isterinya masih ragu-ragu mempertimbangkan tawaran kerana bimbang akan faktor keselamatan.

“Ada yang nak tumpangkan kami tetapi mereka tidak pasti sebab masih belum berjumpa. Kami pula tak banyak wang untuk bayar tumpang, setakat RM50 itu bolehlah. Sebab itu nak guna khidmat Uber atau Grab membabitkan kos ratusan ringgit, jadi kami tak mampu,” jelas Azhar.



Ada tawaran yang agak mencurigakan dan ada tawaran belum pasti. Sekarang pula macam-macam kes jenayah seperti culik dan rompak. Itu juga kami risau.”

Pun begitu, Azhar sekeluarga masih mengharapkan bantuan ikhlas dari orang ramai yang benar-benar sudi membawa mereka pulang beraya di kampung pada tahun ini.

Bagi yang bakal pulang ke Kelantan dan kereta anda masih lagi kosong, sudi-sudilah bantu keluarga ini. Anda boleh saja berhubung dengan Mohd Azhar di laman Facebook Komuniti Kuantan atau di sini.

Besar ganjarannya membantu orang dalam kesusahan, tambahan pula di bulan Ramadan yang mulia ini…

Baca: Warga Emas Berusia 70 Tahun Hidup Sebatang Kara Terpaksa Gagahkan Diri Mencari Rezeki

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqLNjp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top