Tahun Terakhir Izara Aishah Beraya Sebagai Anak Dara

Tahun Terakhir Izara Aishah Beraya Sebagai Anak Dara

Izara lancar rangkaian produk kosmetik sendiri. (Gambar: Mohamad Bakar)

Kisah cinta di antara Izara Aishah dan kekasih hatinya, Adib Khalid yang juga anak tiri Datuk Siti Nurhaliza dilihat sedang menuju ke arah yang diharapkan iaitu gerbang perkahwinan. Bayangan itu sudah mula jelas kelihatan. Hubungan yang mula mekar kira-kira pada tahun 2014 itu juga sudah dinanti-nanti ramai mengenai penamat bahagia hikayat cinta mereka.

Kalau dilihat kembali ketika ucapan mohon maaf secara terbuka pelakon jelita itu menerusi laman Instagram saat melalui kontroversi dikecam netizen gara-gara tersebarnya rakaman video menampakkan dirinya berpakaian seksi ada bahagian ditulisnya memberitahu yang dia dan Adib juga sudah memutuskan untuk ke jenjang pelamin tahun ini.

Nama 'Madam Izara' ada signifikasinya sendiri.

Jadi Aidifitri yang bakal menjelma nanti bagai memberi gambaran yang turut menyaksikan kali terakhir pelakon filem J Revolusi itu menyambutnya dengan status solo.

“Insya-Allah, kita doa yang baik-baik. Saya juga mengharapkan penamat yang baik untuk kami berdua. Tapi kalau nak tanya lebih-lebih kena tanya Adib sendiri. Tak manis untuk saya berkongsi hal ini,” katanya mengukir senyuman manis dalam pertemuan baru-baru ini ketika melancarkan rangkaian kosmetik sulungnya di bawah nama Madame Izara.

Pemilihan nama Madame atau Puan itu juga bagaikan memberikan isyarat seakan empunya diri sudah bersedia melepaskan status Miss atau Cik yang dipegangnya kini.

Jadi pengarah kreatif.

“Entah dari dulu saya suka gelaran Madame itu. Ia boleh dipakai secara am untuk wanita. Mungkin ada yang melihat gelaran Madame itu untuk wanita berkahwin semata-mata. Namun daripada sudut yang lebih luas, ia juga diguna pakai untuk wanita dalam pekerjaan artistik dan seni.

“Kalau pakai gelaran “Miss’ selepas kahwin, sudah tak kena lagi,” katanya.

Mengenai sambutan raya, teman baik kepada Kilafairy ini selesa bersederhana. Malah tahun ini juga buat pertama kali dia akan mula memberikan duit raya.

“Saya ini lebih utamakan momen bersaya keluarga berbanding hal lain. Kalau ada keluarga, lain itu sudah tak penting. Paling seronok berkumpul adik beradik.

Di pelancaran Madame Izara.

“Bab makan itu saya bukan jenis suka makan rendang atau lontong. Cukup ada kuih raya pelbagai jenis. Paling jadi kegemaran saya ialah Honey Cornflakes. Roti jala dan kuah kari ayam itu tak boleh lupa. Bagi saya feeling raya itu akan terasa sebenarnya dengan ada kuih raya.

“Ini juga tahun pertama saya kena hulur duit raya. Selalu saya yang dapat duit raya sebab selama ini perangai saya masih seperti budak budak. Almaklumlah sekarang sudah besar,” katanya yang berkemungkinan besar hanya beraya di ibu kota.

Sementara itu, mengenai rangkaian kosmetik pertamanya, Madame Izara, dia turut bertindak sebagai Pengarah Kreatif.

Antara produk awal yang dilancarkan.

Dilancarkan pada 15 Jun lalu, Madame Izara yang memperkenalkan koleksi sulungnya, Madame Izara Lipkit mengandungi tiga barangan iaitu krim bibir, liner dan pengasah pada harga mampu milik, RM88. Kehadiran koleksi kosmetik itu juga menjadi bukti dan penanda aras untuk Izara menghargai peminat serta pengikutnya yang selama ini begitu mengagumi apa sahaja dipakainya termasuk hal membabitkan kecantikan.

Usaha yang dimulakan sekitar hujung tahun 2015 itu juga ternyata membuahkan hasil bagi pihak Izara dan A Klasse Essential diterajui Asyraf Khalid sendiri.

“Semuanya bermula dengan cakap cakap kosong dan angan angan. Akhirnya ia jadi kenyataan juga apabila kami sepakat mahu merealisasikannya dari bawah. Produk ini benar-benar memenuhi semua aspek yang saya inginkan yang selama ini saya harapkan pada produk sama yang lain pernah digunakan. Proses penyediaannya dipiawai dan dititik berat penuh rapi.

Bakal beraya di ibu kota.

“Saya sendiri terbabit daripada proses awal perancangan hinggalah kepada pemilihan tekstur warna krim bibir. Saya memang mahu jadikan ia sebagai koleksi harus dimiliki. Memandangkan ada ramai gadis dan wanita di luar sana yang mahu menjadi seperti saya dan apa yang dipakai, kenapa tidak saya buat sesuatu yang boleh memberi manfaat dan dikongsi kepada semua.

“Selama ini saya juga penggemar produk komersial sama yang lain. Tetapi setiap kali menggunakannya, pasti ada kekurangan yang saya perhatikan. Saya memang cerewet dalam hal itu termasuklah ketika proses menghasilkan rangkaian kosmetik ini. Saya mahu hasilnya yang terbaik dan bukan setakat tangkap muat atau asal boleh,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tC2nfx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top