Rakyat Malaysia Semakin Kerap Berbelanja Atas Talian Tapi Apa Yang Mereka Beli? 

Rakyat Malaysia Semakin Kerap Berbelanja Atas Talian Tapi Apa Yang Mereka Beli? 

Kajian menunjukkan ramai pembeli atas talian gemar membeli di saat akhir sebelum tiba Aidilfitri. (Gambar: thebubble.com)

Perniagaan 'online' atau atas talian semakin popular dalam kalangan masyarakat di negara ini kerana ia mudah dijalankan dengan modal kecil. Berbanding peniaga yang mempunyai ruang premis perniagaan, risiko perniagaan atas talian juga lebih rendah dengan kebanyakan peniaga tidak perlu mengupah pekerja.

Dari aspek sambutan orang ramai sebagai pembeli pula semakin meningkat disebabkan faktor transaksi pembelian mudah kerana tidak perlu keluar rumah untuk pergi ke kedai tersebut. Malah, ia menjimatkan masa, kos dan lebih banyak pilihan.

APA YANG MEREKA BELI SEBENARNYA?

Kelebihan perniagaan atas talian turut dikenal pasti menerusi satu kajian yang dillakukan laman sesawang atas talian popular, Lazada Malaysia (Lazada) ke atas 550 responden di seluruh negara bersempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini. 

Menurut Lazada, kajian yang dilakukan pada awal Ramadan lalu mendapati sebanyak 70 peratus daripada respondan terbabit menyatakan kekerapan mereka membeli-belah atas talian meningkat sejak tahun 2016. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hans-Peter Ressel berkata: “Membeli-belah atas talian telah membolehkan rakyat Malaysia memenuhi keperluan Hari Raya mereka pada harga berdaya saing dengan hanya satu klik sahaja." 

Tambahnya, kajian itu juga mendapati 83 peratus rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada barangan keperluan seperti pakaian dan aksesori untuk sambutan Aidilfitri. Sebanyak 73 peratus pula merancang untuk membeli barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) seperti barangan keperluan bakeri, minuman dan barangan runcit. 

"Mereka tidak perlu lagi sengaja berkunjung ke pusat membeli-belah atau menghadapi kesesakan lalu lintas," katanya menerusi hasil kajian berkenaan.

Produk Naelofar antara yang mendapat perhatian ramai pembeli atas talian.

'BUDAYA' BERBELANJA ATAS TALIAN 

Kajian Lazada juga mendapati kebanyakan rakyat Malaysia akan membeli barangan keperluan Aidilftiri pada saat-saat akhir dengan 45 peratus daripada mereka hanya mula membeli-belah dua minggu sebelum tiba hari perayaan tersebut.

Ia diikuti dengan 36 peratus responden mula membeli-belah sebulan sebelum Aidilfitri manakala hanya tiga sehingga empat peratus responden mula membeli-belah tiga bulan atau lebih sebelum itu. 

"Aspek kesenangan, aksesibiliti dan harga berdaya saing merupakan antara faktor dorongan terpenting mereka mengurangkan masa untuk melakukan persiapan Aidilfitri," katanya.

SUMBANGAN KEPADA KDNK NEGARA 

Pengarah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi Pemboleh e-Dagang, Wee Huay Neo menyatakan kadar penembusan Internet di Malaysia ialah 67 peratus. 

Situasi itu menyaksikan e-dagang menyumbang sebanyak 5.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara iaitu hanya 0.6 peratus di bawah sasaran yang ditetapkan untuk 2020.

"Trend membeli-belah atas talian semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan industri e-dagang hari ini telah menjadikan para pemain industri gigih mempersiapkan diri bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital negara," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFuA84

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top