Puluhan dikhuatiri maut [VIDEO]

PULUHAN orang dikhuatiri maut dalam kebakaran Grenfell Tower setinggi 27 tingkat di London, dan setakat ini polis mengesahkan enam terbunuh.

Reuters melaporkan, Polis Metropolitan Londoin dalam kenyataan berkata: “Kami boleh mengesahkan enam kematian buat masa ini dalam kebakaran di North Kensington.

“Ini hanya angka awal dan kami menjangka jumlahnya meningkat.”

Menurut Daily Mail, kebakaran bermula di tingkat dua dipercayai akibat litar pintas peti sejuk itu merebak ke seluruh tingkat hingga ke bumbung dalam masa hanya 15 minit.

saksi menyatakan mereka nampak penghuni bangunan itu mencampakkan anak melalui tingkap kepada orang ramai di bawah bagi mengelak mati hangus dan ada yang menggunakan selimut serta cadar dijadikan tali untuk turun dalam kebakaran bermula sejurus selepas tengah malah.

Seorang saksi berkata, dia melihat serang bayi dicampak dari tingkat sembilan atau 10 berjaya disambut orang ramai di bawah dan bayi itu mengalami patah tulang dan calar.

Menara itu mempunyai 120 rumah dan dihuni kira-kira 600 orang.

Seorang penduduk White City dikenali sebagai Tamara yang menelefon BBC berkata: “Saya nampak mereka mencampakkan anak melalui tingkap dan balkoni sambil berkata ‘selamatkan anak saya’.

“Dalam masa 15 minit seluruh bangunan diselubungi api dan penghuni berada di tingkap sambil menjerit ‘tolong saya.”

Persatuan penduduk Grenfell mendesak menara itu diruntuhkan empat tahun lalu, mendakwa tidak selamat jika berlaku kebakaran namun tidak diendahkan pemiliknya, Kensington and Chelsea Tenant Management Organisation (KCTMO).



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0YAsX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top