Pulau Pinang tak hirau arahan Nazri berhenti kutip cukai hotel

Pulau Pinang membuat keputusan untuk tidak mengendahkan arahan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang menggesa kerajaan negeri berhenti mengutip cukai bilik hotel apabila kerajaan melaksanakan cukai pelancongan pada 1 Julai depan.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan cukai pelancongan merupakan ‘sesuatu yang baru’ dan tidak pernah dibangkitkan ketika rang undang-undang cukai pelancongan dibahaskan pada sidang akhir Parlimen yang lalu.

Mengakui terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz, Lim berkata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga gagal memaklumkan serta berunding dengan kerajaan negeri mengenai perkara berkenaan.

“Kami tidak bersetuju dengan menteri.

“Bolehkah kami mendapat jaminan bahawa wang yang dikutip akan disalurkan semula ke negeri-negeri bagi meningkatkan industri pelancongan tempatan.” soal Lim pada sidang media hari ini.

Akhbar The Sunhari ini memetik Nazri sebagai berkata, cukai bilik yang dikutip oleh negeri-negeri akan menyebabkan caj berganda kepada pelancong dan ia tidak produktif apabila kerajaan melaksanakan sistem cukai pelancongan.

Kadar di bawah cukai pelancongan yang baru bagi setiap bilik ialah RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalaman di hotel dan rumah penginapan berdaftar.

Ekoran cukai pelancongan itu, ia menyebabkan ‘perang mulut’ antara Nazri dan pemimpin-pemimpin lain di Sabah dan Sarawak yang merancang untuk menentang pelaksanaan cukai berkenaan dengan alasan ia akan menjadi beban bagi industri pelancongan.

 

Sumber: Malaysiakini



Sumber Pulau Pinang tak hirau arahan Nazri berhenti kutip cukai hotel

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2srONPx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top