PM Najib lancar Program Latihan Industri ECRL Negaraku

PUTRAJAYA: Projek mega Laluan Rel  Pantai Timur (ECRL) bukan hanya akan mentransformasikan pantai Timur Semenanjung Malaysia tetapi juga mentaliti rakyat di kawasan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana projek ini bakal mencetuskan perubahan pesat di kawasan tersebut.

"Baru-baru ini saya ada di Bachok untuk satu program bersama rakyat di sana.

"Saya dapat melihat keterujaan di muka rakyat Bachok apabila melihat sendiri sistem rel yang canggih," kata Datuk Seri Najib.

Tambah beliau, dengan perubahan mentaliti rakyat, ini bermakna era kemodenan pesat sudah tiba di Pantai Timur.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Latihan Industri Projek ECRL Negaraku di Bangunan Kementerian Kewangan hari ini.

Seramai 3,600 anak tempatan bakal menjalani program latihan industri yang memfokuskan kepada memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang pembinaan rel dan keretapi ECRL.

Program ini dibiayai sepenuhnya sebagai inisiatif tanggungjawab korporat (CSR) oleh China Communications  Construction Company (CCCC) iaitu kontraktor utama projek ECRL dan Malaysia Rail Link Sendirian Berhad, anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan selaku pemilik projek.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s0aoNC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top