Minggu lalu, satu jenama fesyen tempatan bernama Maqilla Boutique menarik perhatian ramai selepas gambar kempen Raya mereka menunjukkan jenama itu menggunakan model sindrom down tersebar.
Kempen itu menunjukkan beberapa keping gambar dua model sindrom down menggayakan Koleksi Basic Raya bagi raya tahun ini, dan mereka kelihatan sangat comel dan enjoy di dalam gambar tersebut.
Sumber: InstagramModel cantik di dalam kempen itu merupakan atlet Paralimpik negara, Siti Marina Frohlich dan si kecil comel Koh Hui Qi.
Gambar yang tular itu mampu membuat ramai orang tersenyum dengan keriangan yang ditunjukkan mereka. Rekaan yang ringkas dan sesuai dengan tema diketengahkan jenama itu, “You are your own kind of beautiful”. Comelnyaaa!
Sumber: InstagramJenama itu berkongsi gambar yang memberi inspirasi kepada ramai dan berkata,
Aidilfitri ini akan lebih bermakna apabila anda menyambutnya bersama golongan istimewa.”
Maqilla Boutique berkolaborasi dengan Persatuan Sindrom Down Malaysia untuk menjayakan kempen raya ini.
Menurut pengumuman yang dibuat di akaun Instagram, RM10 dari setiap pembelian Koleksi Basic Raya Maqilla akan didermakan kepada organisasi itu.
Sumber: InstagramNetizen yang melihat gambar-gambar dari kempen itu turut tidak ketinggalan memberikan respon positif.
Tahniah di atas pakaian berjenama yang cantik untuk raya yang bakal tiba. Lebih penting lagi, tahniah kerana membuka mata kami bahawa kecantikan itu datangnya dari hati. Kerjasama yang bagus bersama Persatuan Sindrom Down Malaysia. Tahniah!”
Sebagai seorang ibu kepada anak sindrom down, saya menyambut baik usaha yang diambil jenama anda yang berbeza daripada yang lain.”
Sungguh menarik dan mengagumkan melihat label fesyen menunjukkan golongan kelainan upaya dalam cara yang positif. Pasti sambutan raya mereka lebih bermakna!
Baca: 5 Jenama Kasut Wanita Lokal Perlu Ada Dalam Koleksi Anda
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rZSkDg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Terkini