Pemandu Treler Terlibat Nahas Kemalangan 3 Kenderaan Didakwa Esok

JEMPOL – Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM25 Jalan Bahau-Keratong, akan didakwa di Mahkamah Majistret Jelebu esok.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Jempol Supt Noorzainy Mohd Noor, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian Ahad lepas, kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Exora, Perodua Myvi, Toyota Vios dan treler menyebabkan lapan orang daripada dua keluarga terkorban manakala seorang lagi cedera.

Nahas itu menyebabkan Proton Exora yang dinaiki enam sekeluarga, terbakar sepenuhnya dan kesemua mangsa ditemukan rentung.

Dua lagi yang terkorban ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi iaitu Osman Mohamed Taip, 31, dan isterinya Rosniza Othman, 32, manakala anak mereka Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Kuala Pilah. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rZFPHS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top