pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, 55 tahun, ternyata amat kecewa dengan tindakan seorang pelayar internet
Kita sebagai masyarakat sepatutnya menyokong mereka dan kalau taknak sokong sekalipun janganlah dihina golongan artis ini kerana mereka juga manusia biasa yang punya hati seperti kita semua.
Dahlah taknak sokong lepas itu sesedap mulut saja nak menghina dia orang, agama Islam pun tak ajar kita menghina sesama umat ini, di bulan baik ini seharusnya jaga tutur bicara supaya tidak menyakitkan hati insan lain.
Menurut Harian Metro, pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, 55 tahun, ternyata amat kecewa dengan tindakan seorang pelayar internet yang memuat naik status menghina produk terbitannya dan kariernya di laman sosial Instagram miliknya.
Ayat yang berbunyi ‘Klu boleh elak kan dr makan air tangan retis... Masa muda mengangkang sana sini, bila tua dah xde punca pendapatan mula lah berjualan, sambal bodoh taruk nama lagend... Air tangan tu jng la bg ank2 mkn’ yang ditulis individu dikenali sebagai ezaieyda itu dimuat semula Ogy di Instagramnya dan mendapat perhatian banyak pihak.
“Selama ini saya hanya berdiam diri dengan cakap-cakap orang. Kali ini, saya tidak mampu bersabar lagi. Sebab itu, saya ‘screen shot’ komen penghinaan hamba Allah itu di Instagram saya sekali gus meminta pandangan netizen mengenai perkara itu.
“Terus-terang, saya sangat terhina dengan perkataan ‘mengangkang’ yang dilabel hamba Allah itu pada golongan artis tanah air. Bagi saya ia satu fitnah yang sangat besar kerana membabitkan maruah anak seni.
“Saya juga ingin bertanya hamba Allah itu, apa buktinya dia menuduh dan memfitnah kami sedemikian rupa? Adakah dia sendiri melihat perbuatan itu dengan matanya sendiri sehingga dia menjatuhkan hukuman sebegitu?,” kata Ogy.
Ogy menegaskan, dia tidak mahu cepat melatah dengan komen negatif netizen di akaun instagramnya kerana menghormati Ramadhan.
“Saya lebih hormat orang yang tidak berpuas hati dengan saya tetapi berjumpa secara berdepan. Sebagai artis, saya percaya bukan semua orang suka kita.
“Namun, penghinaan hamba Allah itu bukan ditujukan kepada saya secara individu tetapi membabitkan anak seni secara umum. Rata-rata komen yang saya terima menyokong saya daripada belakang.
“Sepanjang empat tahun mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga dengan perniagaan ini, belum ada komen yang tidak baik mengenai produk yang dikeluarkan termasuk dalam kalangan wanita hamil,” katanya.
Apapun kata Ogy, dia memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan nama dan maruah artis.
“Saya tidak ‘block’ pun akaun Instagram hamba Allah itu. Saya sudah menyiasat akaun itu dan mendapati ia palsu dan individu terbabit sudah pun memadam komen berkenaan.
“Namun, saya tetap akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit. Malah, saya juga sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan susulan,” katanya - Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sArliv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Terkini