KUCHING: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) yang kini menghampiri kapasiti maksimum bakal menyaksikan pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di kawasan berdekatan.
Menurut Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, kerajaan negeri kini sedang dalam proses rundingan bersama Air Asia bagi merealisasikannya.
"Kita sedang dalam proses berunding bersama Air Asia, tapak tidak jauh tetapi belum disahkan lagi.
"Ia (LCCT) berhampiran LTAK kerana di situ saja ada kemudahan.
"Biarlah kita runding dahulu," katanya dipetik Utusan Borneo.
Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan kerajaan negeri sedia mempertimbangkan pembinaan LCCT oleh Air Asia.
Menurutnya, ianya kerana LTAK sudah hampir mencapai kapasiti maksimum lima juta penumpang setahun.
"Untuk melihat lebih ramai pelancong, kita perlu mempunyai kemudahan dan jika lapangan terbang kita sudak mencapai tahap maksimum, maka kita perlu mengambil kira sesuatu yang lain.
"Pembinaan ini sekali gus menjadikan Kuching sebagai pintu masuk dan hab serantau Air Asia," katanya. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLGE3r
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Terkini