Kepala tersangkut pulak. macam mana boleh jadi dik

KANAK-kanak perempuan berusia tiga tahun tidak mampu bergerak hampir satu jam selepas kepalanya tersangkut pada lubang katil urut di sebuah rumah urut di Jalan Temenggong, Taman Ros, pagi ini.

Dalam kejadian 11.17 pagi itu, Jessy Foong Jin Eu dipercayai bermain di bawah katil berkenaan sebelum memasukkan kepalanya menerusi lubang itu dari bawah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa sebelum pegawai dan anggota bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati kepala mangsa tersangkut pada lubang kepala katil urut berkenaan.

“Anggota bomba bertindak menggunakan gunting dan pisau untuk memotong kulit katil yang diperbuat daripada PVC (polivinil klorida) serta span di keliling leher mangsa hingga kepala mangsa dapat dikeluarkan.

“Operasi mengeluarkan kepala mangsa mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa bagaimanapun tidak cedera dan diserahkan kepada keluarganya.

Sumber: Harian Metro

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruzUah

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top