Kena Baling Botol Sebab Enggan Nyanyi Lagu Despacito

Justin Bieber baru-baru ini saja mengecewakan peminatnya apabila enggan menyanyikan lagu Despacito kerana tidak menghafal lirik bahasa Sepanyol.

Ketika mengadakan persembahan di festival Sumberbust di Stockholm pada Sabtu lalu, Justin menolak untuk menyanyi lagu tersebut secara langsung.

Saat dia cuba untuk menjelaskan alasannya, tiba-tiba seorang peminat melempar botol ke arahnya. Insiden itu sempat dirakamkan menerusi sebuah video.

“Saya tidak dapat melakukan itu dengan spesifik. Saya tidak tahu kata-katanya…. Aku tidak boleh melakukannya,” jelas Justin kepada penonton.

Sejurus itu sebiji botol melayang dari arah penonton dan hampir-hampir terkena wajah Bieber. Mujur, dia sempat mengelak. Bagaimanapun tidak diketahui siapa yang berani melempar botol tersebut.

Justin Bieber sedaya upaya mengelak daripada mengulangi kesalahan untuk kedua kalinya. Sebelum ini dia pernah terlupa lirik Despacito dalam salah satu persembahan live-nya.

Sebaliknya dia menggantikan lirik itu dengan perkataan, “Blah Blah Blah”. Momen tersebut menjadi perbualan hangat pengguna media sosial dan peminat muzik Latin.

Sementara itu laporan Metro, Justin Bieber memecahkan rekod The Beatles dengan dua lagu barunya yang menduduki tiga teratas di tangga carta Billboard selama 13 minggu. Dua lagu tersebut adalah Despacito dan I’m the One.

The post Kena Baling Botol Sebab Enggan Nyanyi Lagu Despacito appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruOj68

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top