KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohd Isa Samad akan digantikan oleh Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), lapor Berita Harian.
Akhbar itu melaporkan, pengumuman lanjut berhubung pelantikan Dr Sulaiman dijangka akan dibuat hari ini.
Pelantikan itu dibuat berikutan krisis dalaman syarikat perladangan berkenaan yang masih belum menemui jalan penyelesaikan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan satu mesyuarat di Putrajaya bagi membincangkan perkara tersebut.
Difahamkan, Mohd Isa juga akan mengadakan pertemuan dengan perdana menteri.
Kemelut yang melanda FGV mencapai tahap kemuncak apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim diarahkan bercuti pada 6 Jun lalu.
Arahan itu dibuat oleh Mohd Isa dan Lembaga Pengarahnya. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqny4Z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Terkini