MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) mencadangkan agar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mahu kerajaan negeri mengadakan persidangan tersebut untuk memperdebatkan semula usul pengguguran Dr Ting Tiong Choon sebagai anggota DUN yang didakwa kesalahan besar perwakilan dan menyalahi undang-undang DUN.
“Ketua Menteri harus mengadakan Persidangan DUN tergempar untuk membincangkan perkara ini dalam tempoh dua minggu.
“Perkara ini (menggugurkan kelayakan anggota DUN) belum pernah terjadi bukan sahaja di Sarawak malah seluruh Malaysia,” jelasnya kepada pemberita di pejabat DAP Miri semalam.
Memetik laporan Utusan Borneo, beliau yang juga ADUN Kota Sentosa berkata, DUN Sarawak sekarang berdepan krisis dengan usul-usul dan keputusan speaker yang menyalahi undang-undang perlembagaan.
Chong mahu Abang Johari harus harus bersuara dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan segera krisis DUN.
Tambahnya, sekiranya perlu, Abang Johari juga meminta maaf kepada rakyat terhadap kekeliruan daripada usul perwakilan dan keputusan speaker DUN.
“Abang Johari harus memberi penjelasan sepenuhnya isu ini dan huru-hara yang telah dicetuskan dalam DUN serta perkara yang perlu dilakukan terhadap speaker yang didapati mengelirukan dewan,” jelasnya. – Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgz2JO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Terkini