Bila doktor tak bagi MC mulalah keluar ayat, ‘Kau pekerja, kami bayar cukai’

Bila doktor tak bagi MC mulalah keluar ayat, 'Kau pekerja, kami bayar cukai'

Bila doktor tak bagi MC mulalah keluar ayat, ‘Kau pekerja, kami bayar cukai’

Aku pegi bank, bini aku suruh tukar duit raya. Sampai pukul 4:10pm, pintu bank dah tutup. Aku patuh je la waktu kerja dia dan undang-undang dia, yela aku sebagai client kena ikut la. Mungkin dia nak setelkan kira-kira atau apa-apa kerja yang aku tak tahu. Salah aku jugak sebab tak amik tahu waktu bank beroperasi waktu bulan puasa ni. Aku pun balik je lah.

Masa drive balik, aku teringat masa aku kerja di Klinik Kesihatan dulu-dulu. Kau patut tutup klinik pukul 5:00pm, tapi dia datang 5:05pm. Datang pulak bukan kes teruk pun. Kalau datang kes kecemasan, takde hal. Tapi datang nak sambung ubat, nak mintak surat rujukan, nak buat test HIV pra perkahwinan. Yang paling tak boleh blah datang mintak MC. Doktor semua dah nak balik, mesin dekat lab dah cuci, dah callibrate. Bila kau tak bagi register mula la keluar ayat,
  • Takde hati perut
  • Tak kena kat mak bapak kau takpe la
  • Makan gaji buta
  • Kerja tak ikhlas
  • Kau pekerja, kami bayar cukai (dengan kata lain kami bayar cukai jadi kau kena ikut cakap kami walaupun merepek)
Kalau kat hospital pulak, ramai yang tak pergi appointment dengan doktor pakar. Bila dah terlepas appointment, dia datang ke kecemasan. Bagi alasan tak munasabah itu ini dengan harapan pakar on call turun datang tengok dia kat kecemasan. Berpuluh lagi pesakit kritikal lain perlukan perhatian diorang, kau stabil dan malas ikut waktu temujanji, nak orang ikut kau pulak. Hahaha!
Lepas tu bila dah tak dapat apa yang dia nak, mula la tunjuk jahil viralkan dalam FB. Kemudian datang penyokong-penyokong setia dia datang komen tambah perisa. Netizen pun semua pakat tokok tambah dengan pengalaman masing-masing.
Akhirnya, yang bertungkus lumus kerja terus dihentam, yang berbuka puasa di hospital sepanjang Ramadhan, yang tak dapat cuti raya itu yang teruk dikecam.
Aku pelik, sepanjang aku guna media sosial ni aku jarang nampak orang viralkan staf bank sebab tutup on time. Bukan bank sahaja, kalau orang pegi pejabat pos time dah nak tutup dan dia tak benarkan kau register, takde pulak orang snap gambar cakap viralkan dalam FB. 
Kalau ada pun ia tak sehebat hentaman kepada KKM. Bila ia melibatkan fasiliti kesihatan, kau buat kerja pun kena, kau tak buat lagi la kena. Seolah-olah apabila hal yang sama berlaku pada fasiliti kesihatan, tanggapan dan persepsi masyarakat berubah terus berubah ke arah negatif.
Aku risau bila fikirkan serangan masyarakat terhadap agensi kesihatan di Malaysia ni. Macam semua sudut tak betul, semuanya serba tak kena.
Sedangkan Malaysia antara negara paling cemerlang dalam hal perkhidmatan kesihatan dan perubatan. Mau tak cemerlang, bayar RM1 dah dapat test darah macam-macam, x-ray sana sini, buat CT Brain. Kalau ada prosedur jahit-jahit atau simen pun semua termasuk sekali. Belum kira dapat konsultasi doktor dan pakar lagi. Belum masuk ubat lagi.
Kenapa masyarakat masih menghentam servis hospital dan klinik? Kami warga KKM sebenarnya dah mula bosan dengan sikap masyarakat yang sentiasa cari kekurangan. Sebab tu kau tengok doktor ramai keluar dari kerajaan. Staf nurse ramai lari pegi kerja kat Arab. Sebab? Penat mental dan fizikal melayan manusia-manusia yang tak bersyukur.
Kami juga manusia seperti anda.
Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfB2ly

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top