Bernilai USD41 Juta, Kylie Jenner Termuda Dalam Senarai Forbes

BARU berusia 19 tahun, Kylie Jenner sudah disenaraikan Forbes sebagai salah seorang daripada 100 selebriti yang dibayar paling mahal pada tahun 2017, dengan aset bernilai USD41 juta (RM174.58 juta)!

Kekayaan Jenner ini adalah hasil daripada rancangan realiti, syarikat kosmetik, tawaran penajaan dan juga jenama pakaiannya.

Ditempatkan di tangga ke-59, kejayaan ini juga amat menakjubkan kerana Jenner melangkaui nilai kekayaan selebriti yang lebih berusia dan lebih lama di dalam industri seperti Jennifer Lopez (No.65), Rihanna (No.77) dan Britney Spears (No.89).

Kakaknya, Kim Kardashian pula hanya 12 anak tangga di atas Jenner di tempat ke-47, dengan nilai aset USD45.5 juta (RM193.7 juta).

Bagaimanapun, kejayaan besar Jenner pada usia muda itu pasti mengundang kritikan.

Baru-baru ini, dia telah dikecam hebat oleh kerana jenama pakaian renang miliknya dikatakan meniru bulat-bulat rekaan seorang pereka fesyen yang koleksi bikininya pernah dibeli oleh Jenner sebelum ini.

Selain itu, peminat barangan kosmetik keluaran syarikat Jenner juga mengatakan mereka kecewa dengan kualiti dan perkhidmatan pelanggan yang tidak konsisten.-MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2szfLVa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Terkini
Loading...

Artikel Malaysia Terkini Lainnya :

Scroll to top